MERIAHNYA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024M/1445H Setiausaha Kerajaan Johor yang berlangsung di Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Johor hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Ribuan Bangsa Johor terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024M/1445H Setiausaha Kerajaan Johor di Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Johor, hari ini.

 

Majlis bermula jam 10 pagi hingga 2 petang itu diserikan lagi dengan dendangan lagu-lagu Aidilfitri oleh Orkes Melayu Yayasan Warisan Johor (YWJ) menghiburkan para tetamu yang hadir sejak seawal jam 9.30 pagi.

 

Pelbagai juadah enak disajikan kepada tetamu menerusi 11 gerai yang dibuka antaranya Laksa Johor, mi rebus, aneka minuman dan kuih raya, ketupat, lemang, burasak, cendol, sate, soto serta nasi beriani.

 

Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani Setiausaha Kerajaan Johor dan isteri, Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latiff selaku tuan rumah juga meluangkan masa menyantuni serta bergambar dengan tetamu.

 

Turut meraikan 1 Syawal bersama Setiausaha Kerajaan Johor adalah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan serta Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor