Entries by webmaster

WAQAF AN-NUR BAKAL BINA MASJID KETUJUH RANGKAIAN MASJID AN-NUR

  ISKANDAR PUTERI — Johor Corporation (JCorp) menerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) bakal membina Masjid An-Nur Bandar Tiram dengan kos keseluruhan pembinaan bernilai RM12 juta. Selain itu, Waqaf An-Nur juga diberi tanggungjawab menguruskan masjid tersebut yang akan dibina di atas tapak seluas 1.96 ekar dan dijangka siap menjelang tahun 2024. Pembinaan Masjid An-Nur […]

UTHM CEMERLANG DI REGATTA ROWING KEBANGSAAN 2022

  ISKANDAR PUTERI — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga jaguh dalam bidang sukan. Ini dapat dibuktikan apabila pendayung institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berpangkalan di Batu Pahat berjaya memonopoli pingat emas dalam Kejohanan Regatta Rowing Putrajaya yang berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober lalu. Jurulatih […]

KAKITANGAN KIMIA JOHOR BENTANG KAJIAN DI AFSN KE-14

  ISKANDAR PUTERI — Dua kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor) dipilih untuk membentangkan kajian mereka pada Persidangan Tahunan dan Simposium Jaringan Sains Forensik Asia (AFSN) ke-14. Pada persidangan yang berlangsung pada 2 hingga 5 November lalu di Perguruan Tinggi Ilmu Kepolisan (PTIK) Jakarta, Indonesia itu, kakitangan KIMIA Johor iaitu Nur Hafiza Md […]

KUMPULAN FASTRACK LPJ MUNCUL NAIB JOHAN KONVENSYEN KIK

  ISKANDAR PUTERI — Kumpulan Fastrack Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) muncUl naib johan bagi pameran terbaik dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia, baru-baru ini. Selain itu, kumpulan Fastrack LPJ juga berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan KIK yang berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November lalu. Dalam kenyataan media […]

BSJK IPD BATU PAHAT ADAKAN PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL

  BATU PAHAT — Seramai 60 peserta yang terdiri daripada komuniti Ayer Hitam di sini menyertai Program Pencegahan Jenayah Komersil sempena Program Sayangi Komuniti Ayer Hitam di sini, semalam. Inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat berkaitan jenayah komersil terutama berkaitan […]

SYABAS DAN TAHNIAH KONTINJEN JOHOR 

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kontinjen Johor selepas menduduki tempat ketiga keseluruhan Para Sukan Malaysia (SUKMA) XX 2022. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kerajaan negeri kagum dengan semangat Kontinjen Para Johor sepanjang temasya itu berlangsung. “Selaku […]

MENTERI BESAR JOHOR BANTU MANGSA KEMALANGAN

  ISKANDAR PUTERI — Kesibukan tugas sebagai Menteri Besar Johor tidak menghalang Datuk Onn Hafiz Ghazi membantu seorang bapa bersama dua anaknya yang terlibat dalam kemalangan, semalam. Kejadian tersebut dikongsi oleh Shahrol Azizie Azmi yang turut berada di lokasi kejadian menerusi hantaran video berdurasi 40 saat di laman Facebook rasminya. Keprihatinan ADUN Machap itu kemudiannya […]

SAHABAT MARITIM KUNJUNGI KOMUNITI NELAYAN ORANG ASLI

  ISKANDAR PUTERI — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor mengadakan lawatan muhibbah bersama komuniti nelayan Orang Asli di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah. Pengarah Maritim Malaysia Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata kunjungan itu dilakukan bagi mengeratkan ikatan silaturahim antara pasukan pihak berkuasa keselamatan maritim itu dengan masyarakat Orang […]

SOP, TEMPOH BERTINDAK DAN BANTUAN BEKALAN DITAMBAHBAIK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor memohon maaf kepada penduduk dan sektor perniagaan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak terancang susulan kejadian paip pecah di Persiaran Seri Alam. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, masalah tersebut berlaku di luar jangkaan berikutan kerja teknikal dijalankan, namun percaya tempoh bertindak selain terbitan jadual bantuan […]

KESELARIAN, KEBERSAMAAN PERLU DEMI MAJU JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Keselarian dan kebersamaan dengan Kerajaan Persekutuan diperlukan untuk menjadikan Johor sebagai negeri maju. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri mahu melihat infrastruktur dan prasarana selain sektor yang dekat dengan masyarakat ditambah nilai. “Kita mahu lebarkan lebuh raya kita, menaiktaraf jalan yang kebanyakannya telah rosak, merancakkan ekonomi negeri, […]