PASUKAN JOHOR BAHRU UNGGULI PIALA SULTAN JOHOR 2 TAHUN BERTURUT-TURUT

Pasukan Johor Bahru membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila sekali lagi berjaya menjulang Piala Sultan Johor edisi 2023 apabila menundukkan skuad Tangkak 2-1, pada aksi final di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), malam tadi.   Bagaimanapun, kejayaan itu tidak diraih dengan mudah apabila skuad Tangkak yang turun penuh bermotivasi berjaya mendahului pada minit […]

MBJB, AGENSI TEKNIKAL PERKASA INISIATIF JOHOR FAST LANE

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama 12 agensi teknikal sebagai usaha untuk memperkukuh dan memantapkan pelaksanaan inisiatif Johor Fast Lane di kawasan pentadbirannya.   Johor Fast Lane yang secara rasminya telah berkuat kuasa bermula 1 Januari 2023 merupakan inisiatif memudahcarakan pelabur bagi pelbagai jenis pembangunan menerusi tindakan seperti mempercepatkan proses […]

KEJOHANAN TINJU ‘GOLDEN GLOVES’ 2024 BUKA TIRAI

Kejohanan Tinju Golden Gloves 2024 membuka tirai dengan lakaran sejarah tersendiri apabila Negeri Johor menjadi tuan rumah dan menerima penyertaan 233 petinju dari seluruh negara berhimpun di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri bermula 26 Febuari sehingga 2 Mac ini.   Istimewanya kejohanan anjuran Persatuan Tinju Negeri Johor dengan Kerjasama Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) turut menampilkan […]

INFORMASI PELANCONGAN JOHOR BAHRU KINI DI HUJUNG JARI

  Kedudukan strategik terletak berhampiran dengan negara jiran, Singapura selain menerima kehadiran pengunjung tertinggi menjadikan Johor Bahru sebagai bandar raya kedua melancarkan produk pelancongan terbaharu iaitu JBQR selepas Kuala Lumpur.   Inisiatif platform ekosistem pelancongan digital yang memberikan keterujaan kepada warga bandar raya serta pelancong itu menampilkan 13 lokasi tarikan di Johor Bahru dan telah […]

IKAN PAUS GERGASI CURI TUMPUAN FLLSPG 2024

  Layang-layang gergasi bentuk ikan paus dinaikkan oleh Persatuan Wau dan Layang-layang (PELAYANG) Johor mencuri tumpuan umum di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang sempena Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Tahun 2024.   Berkongsi mengenai layang-layang berkenaan, Mohammad Bokhari Bakri, 47 yang berkecimpung secara aktif sepanjang 22 tahun memberitahu layang-layang moden itu dibeli oleh persatuan pada […]

TOURISM JOHOR SASAR TARIK 20 JUTA PELANCONG TAHUN INI

  Pemerkasaan industri pelancongan dilaksanakan Kerajaan Negeri melibatkan pelbagai inisiatif berjaya memberikan impak positif sekali gus menyaksikan kehadiran lebih 15 juta pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini, direkodkan pada tahun lalu.   Selain menterjemahkan sektor pelancongan yang semakin rancak, jumlah kehadiran pelancong berkenaan juga secara tidak langsung meningkatkan keyakinan Kerajaan Negeri khusus Tourism Johor […]

JOHOR KOMITED SEDIA PRODUK PELANCONGAN TARAF ANTARABANGSA

  Persiapan awal sebagai persediaan untuk menerima kedatangan 12 juta pelancong seperti disasarkan sempena Tahun Melawat Johor 2026 sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Johor yang melibatkan pemantauan gerak kerja pembangunan infrastruktur pelancongan.   Sebanyak RM67.6 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dengan Kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta […]

SOUTHERN VOLUNTEERS PERLUAS BAKTI KE SELURUH KAMPUNG

  Southern Volunteers (SV) terus memperkasakan peranannya selepas diperluaskan ke peringkat belia luar bandar melibatkan 667 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh Negeri Johor, dengan jangkaan kira-kira 16,675 keahlian baharu.   Menerusi pelancaran SV JPKK, aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan yang sinonim dengan gerakan sukarelawan itu akan dapat diperhebat seterusnya digerakkan 25 ahli SV […]

SEMARAK SUBUH PALOH PAMER SISI MUAFAKAT JOHOR

  Masjid An-Nur Ladang Kekayaan menjadi antara masjid dan surau di daerah Kluang terpilih bagi pelaksanaan program Semarak Subuh Minggu Kelapan untuk kawasan DUN Paloh yang diwakili oleh YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor.   Meskipun bukan wakil rakyat beragama Islam, Ahli Dewan Negeri Johor […]

KEMPEN DERMA DARAH YAYASAN KPRJ TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

  Program derma darah anjuran Yayasan KPRJ mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir ke Eco Galleria, Iskandar Puteri, melakukan pendermaan darah bagi menambah bekalan darah di hospital.   Suri rumah, V. Nagarani, 42, berkongsi telah menderma darah buat pertama kali ketika berusia 36 tahun dan kemudiannya berbuat sedemikian setiap tiga bulan sekali […]