KERAJAAN JOHOR BERI KERJASAMA PENUH : INISIATIF JENDELA

  ISKANDAR PUTERI — Pelaksanaan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) menjadi antara intipati perbincangan antara Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil.   Kedua-dua pemimpin tersebut bertemu dalam lawatan kerja rasmi pertama Fahmi ke negeri ini, bersama delegasi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).   Dalam pertemuan […]

REZEKI BANJIR

  TANGKAK — Dalam susah ada senang dan setiap musibah yang berlaku pasti hikmah yang berselindung disebaliknya tanpa disangka. Itulah realiti yang berlaku di Felda Sri Jaya apabila bencana banjir akibat limpahan air dari Sungai Muar turut memberikan rezeki yang tidak disangka apabila banjir yang berlaku di sekitar ladang sawit di situ memberikan rezeki yang […]

JOHOR TERIMA 9.14 JUTA PELANCONG

  ISKANDAR PUTERI — Negeri Johor telah menerima kedatangan seramai 9.14 juta pelancong sejak April 2022 sekali gus menunjukkan sektor pelancongan di Negeri ini kembali rancak selepas ‘lumpuh’ seketika akibat pandemik Covid-19.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia secara tidak langsung menjadi jumlah kehadiran pelancong tertinggi berbanding negara Asean yang lain. […]

MB BERI TUMPUAN SITUASI BATU PAHAT, CHAAH

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini, mempengerusikan mesyuarat khas bersama agensi berkaitan di Bilik Gerakan Bencana Johor, Johor Bahru.   Menurut beliau, mesyuarat khas tersebut bagi membincangkan situasi terkini banjir di Johor, khususnya keadaan di daerah Batu Pahat dan kawasan Chaah, daerah Segamat.   “Sehingga hari ini, hampir […]

HASIL JUALAN TIKET JDT DISALURKAN KEPADA MANGSA BANJIR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menitahkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim supaya kesemua hasil jualan tiket perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim disalurkan kepada mangsa banjir di Johor.   Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alistair Edwards, berkata menjunjung titah DYAM Tunku Ismail, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan […]

BARISAN EXCO KERAJAAN ‘TURUN PADANG’ BANTU MANGSA BANJIR

    ISKANDAR PUTERI — Seramai lapan orang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor hari ini turun padang menjalankan Misi Bantuan Pasca Banjir di daerah Segamat.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa Ismail, berkata ia bertujuan untuk menyantuni mangsa banjir di daerah berkenaan yang kini membabitkan seramai 1,121 mangsa […]

JOHOR CATAT PELABURAN RM70.6 BILION, TERTINGGI BAGI TAHUN 2022

  ISKANDAR PUTERI — Johor mencatatkan penerimaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) iaitu sebanyak RM70.6 bilion yang juga pelaburan yang tertinggi dalam Negara bagi tahun 2022.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pelaburan ini dijangka akan dapat menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia khususnya di Johor.   “Pelaburan-pelaburan ini akan menghasilkan […]

PAHANG HANTAR BANTUAN KEMANUSIAAN TAMBAHAN BERJUMLAH LEBIH RM50,000 KE JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Pahang menghantar bantuan kemanusiaan tambahan untuk Johor selepas melancarkan Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Parit Sulong, hari ini.   Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penghantaran bantuan ke Parit Sulong itu melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM50,375.   Menurut beliau, sebelum ini penghantaran bantuan sama ke […]

JOHOR ISYTIHAR CUTI GANTI JIKA AWAL RAMADAN PADA 23 MAC

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengisytiharkan hari Ahad bersamaan 26 Mac 2023 sebagai Hari Kelepasan Am sekiranya Awal Ramadan jatuh pada Khamis, 23 Mac ini.   Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, gantian cuti bagi Hari Kelepasan Am itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).   […]

JOHOR TERIMA BANTUAN KEMANUSIAAN TIGA NEGERI

  ISKANDAR PUTERI — Tiga negeri menzahirkan sokongan terhadap Kerajaan Johor dengan menghantar bantuan kemanusiaan susulan bencana banjir melanda negeri ini.   Kerajaan Pahang pimpinan Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang sebelum ini telah melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Johor.   Untuk misi bantuan itu, Kerajaan Pahang memperuntukkan pelbagai bentuk […]