SIRKIT REMAJA DIJENAMAKAN KEPADA RISEUP GOLD JUNIOR


  JOHOR BAHRU — Program Sirkit Remaja Johor anjuran Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) diberikan nafas baharu dengan penjenamaan semula kepada RiseUp Gold Junior 2023.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, bagaimanapun, program diperkenalkan sejak tahun 2018 itu mengekalkan syarat dari segi kategori […]

JDT BERGAYA MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR


  ISKANDAR PUTERI — Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke peringkat Separuh Akhir Piala FA 2023 selepas melakar kemenangan 5-0 ke atas Penang FC dalam aksi Suku Akhir di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.   Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, Harimau Selatan mempamerkan penguasaan permainan dengan asakan bertali arus ke […]

PEMBANGUNAN AKAR UMBI TERUS DIBERIKAN KEUTAMAAN


  JOHOR BAHRU — Pembangunan sukan di peringkat akar umbi terus menjadi keutamaan kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bagi mencungkil bakat baharu berpotensi mewakili negeri.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, langkah berkenaan untuk meneruskan kesinambungan kejayaan diraih sebelum ini. […]

KEM BERBASIKAL TREK DAN BMX JOHOR CIPTA KEJAYAAN DI BUMI NILAI


  ISKANDAR PUTERI — Skuad berbasikal trek Negeri Johor berjaya meraih lima pingat emas, 11 pingat perak dan 10 pingat gangsa pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, minggu lalu.   Lima emas buat kem Johor disumbang menerusi acara pecut berpasukan remaja wanita, pecut berpasukan elit lelaki, kejar mengejar […]

JDT MUDAH ‘BENAM’ KUCHING CITY FC 4-0


  ISKANDAR PUTERI — Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super 2023 selepas mudah mengatasi Kuching City FC 4-0 dalam aksi di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak, sebentar tadi.   Fernando Forestieri membuka tirai jaringan buat JDT seawal minit ke-4 permainan menerusi gerakan liciknya yang melepasi benteng pertahanan Kuching City FC […]

RISEUP RUN COMMUNITY SATUKAN KOMUNITI PELARI DI JOHOR


  ISKANDAR PUTERI — Penganjuran RiseUp Run Community setiap minggu di Puteri Harbour, di sini, berjaya mewujudkan komuniti terdiri daripada 200 pelari dari sekitar negeri ini, sejak diperkenalkan tahun lalu.   Inisiatif Unit Komunikasi Strategik Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dengan kerjasama The Cage, Unit Atlet dan Sains Sukan itu bertujuan menghimpunkan pengikut media sosial […]

JDT RANCANG TINGKATKAN ‘STANDARD’ SSI


  ISKANDAR PUTERI — Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam perancangan mementerai perjanjian bagi meningkatkan ‘standard’ Stadium Sultan Ibrahim (SSI).   Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, berkata ianya selepas stadium itu diundi sebagai ‘World Stadium of the Year’ pada tahun 2020 yang lalu.   “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini […]

JOHOR, KBS BINCANG HALA TUJU LAHIR ATLET PELAPIS BERTARAF ANTARABANGSA


  ISKANDAR PUTERI — Hala tuju pemerkasaan pembangunan atlet-atlet pelapis tempatan bertaraf antarabangsa menjadi intipati dikongsikan delegasi Johor diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.   Pertemuan yang berlangsung di Kemboja, sempena temasya Sukan SEA […]

DELEGASI JOHOR BERI SOKONGAN KEPADA ATLET DI KEMBOJA


  ISKANDAR PUTERI — Atlet Johor dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja memberikan sumbangan signifikan dengan meraih pingat buat kontinjen Malaysia dalam temasya tersebut.   Hadir memberikan sokongan kepada atlet Johor dan kontinjen Malaysia amnya di Kemboja adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.   […]

TUNKU PUTERA JOHOR UNGGULI PERLUMBAAN PERTAMA GT WORLD CHALLENGE ASIA


  ISKANDAR PUTERI — Tunku Putera Johor, YAM Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim melakar sejarah apabila berjaya menjuarai perlumbaan pertama kejuaraan GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Buriram di Thailand.   Tunku Abu Bakar yang berlumba bersama pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) turut melakar sejarah apabila berjaya menduduki tempat pertama dalam […]