INTER JABATAN JLM-MARITIM MALAYSIA AWASI PERAIRAN NEGARA


Pegawai Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Selatan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim malaysia) Johor hadir mesyuarat penyelarasan operasi bagi berkaitan urusan pengawasan aktiviti maritim perairan negara khususnya di Johor / Gambar Ihsan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan.

 

ISKANDAR PUTERI — Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Selatan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim malaysia) Johor mengadakan mesyuarat penyelarasan operasi bagi berkaitan urusan pengawasan aktiviti maritim perairan negara khususnya di Johor.

Selain itu membuat ketetapan dalam penyelarasan pengoperasian inter jabatan, mesyuarat yang diadakan secara berkala itu juga turut mengukuhkan lagi persefahaman antara kedua-dua pihak berkuasa maritim berkenaan.

Dalam kenyataan di laman Facebook Rasmi JLM Wilayah Selatan berkata, mesyuarat yang diadakan atas dasar kepentingan penyampaian perkhidmatan merentas jabatan itu juga akan mempereratkan lagi hubungan dua hala kedua-dua jabatan berkenaan.

Mesyuarat ini memberikan isyarat yang kedua-dua jabatan ini tidak bertindak bersendirian dalam urusan pengawasan aktiviti-aktiviti maritim di perairan negara khususnya di perairan Johor.

“Kedua-dua jabatan ini bahkan memberikan komitmen inter jabatan yang dapat mempamerkan suatu bentuk kerjasama berimpak tinggi terhadap kualiti kerja serta mengurangkan karenah birokrasi inter jabatan akan dapat dicapat,” kata kenyataan berkenaan.

Hadir sama dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Pengarah JLM Wilayah Selatan, Khairil Azizie Che Mat dan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Maritim Malaysia Johor, Shah Habidin Arib Jaafar.

Pihak JLM Wilayah Selatan juga turut merakamkan penghargaan kepada Maritim Malaysia kerana sentiasa memberikan ruang, peluang dan kolaborasi serta kerjasama yang erat dalam usaha memastikan perairan negara khususnya ini sentiasa dalam keadaan terbaik.

Ia sekali gus akan dapat mencapai komitmen jabatan berkenaan dalam memastikan matlamat menjadikan perairan negara
selamat untuk aktiviti perkapalan,keselamatan pelabuhan dan kelestarian laut dapat dicapai.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor