JAKOA SEDIA AGIH BAKUL MAKANAN KEPADA MANGSA BANJIR


Pengarah JAKOA Negeri Johor, Faisal Long memaklumkan sebanyak 500 bakul makanan telah disediakan untuk diagihkan kepada KIR melibatkan keseluruhan 60 KOA di negeri ini, jika berlaku bencana itu. | Foto arkib MDJ

 

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor bertindak proaktif membantu penduduk di tujuh Kampung Orang Asli (KOA) yang terjejas akibat banjir di daerah Kluang dan Mersing, baru-baru ini.

 

Seramai 142 ketua isi rumah (KIR) dari KOA Sungai Peroh, KOA Pucur, KOA Sedohok dan KOA Kuala Sengka di Kluang akan menerima bantuan bakul makanan.

 

Manakala 239 KIR dari KOA Peta, KOA Punan dan KOA Tewowoh di Mersing juga bakal menerima bantuan sama selepas laluan masuk ke perkampungan yang terputus akibat banjir kembali pulih.

 

Pengarah JAKOA Negeri Johor, Faisal Long memaklumkan sebanyak 500 bakul makanan telah disediakan untuk diagihkan kepada KIR melibatkan keseluruhan 60 KOA di negeri ini, jika berlaku bencana itu.

 

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan masyarakat Orang Asli terutama di kawasan berisiko banjir agar mematuhi arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sekiranya diarahkan untuk berpindah.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor