255 MANGSA RIBUT KG MELAYU MAJIDEE TERIMA BANTUAN AWAL
ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyalurkan bantuan kepada 255 mangsa kejadian ribut yang melanda Kampung Melayu Majidee, dekat Johor Bahru, minggu lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Md Shah berkata, bantuan wang tunai tersebut disumbangkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor, Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Agama Islam Negeri Johor. […]