Tag Archive for: Keluarga

MANGSA BANJIR JOHOR MENCECAH 5,000 ORANG

  ISKANDAR PUTERI — Mangsa banjir di Negeri Johor terus meningkat kepada lebih 5,000 orang di tujuh daerah yang terjejas.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 pagi memaklumkan sebanyak 1,508 keluarga terdiri 5,455 terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).   Sehingga kini, terdapat 55 PPS dibuka bagi menempatkan mangsa […]

48 PPS BEROPERASI DI TUJUH DAERAH

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 48 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan beroperasi bagi menempatkan 1,275 keluarga terdiri 4,562 penduduk di tujuh daerah yang terjejas akibat banjir di Negeri Johor.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 malam, memaklumkan Pontian merupakan daerah terkini dilanda banjir dengan satu PPS dibuka iaitu SK […]

DUA LALUAN DI MERSING DITUTUP UNTUK SEMUA KENDERAAN

  ISKANDAR PUTERI — Dua laluan di daerah Mersing menjadi laluan terbaharu ditutup untuk semua kenderaan berikutan kejadian banjir melanda di negeri ini.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 4 petang memaklumkan dua laluan tersebut adalah Jalan Nitar Timur-Pengkalan Batu (FT1425) dan Jalan Tanah Abang (J228) menjadikan keseluruhan lima laluan ditutup […]

MANGSA BANJIR MENINGKAT KEPADA LEBIH 4,000 ORANG

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di enam daerah di Negeri Johor terus meningkat kepada 1,164 keluarga terdiri 4,207 penduduk.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 2 petang memaklumkan sebanyak 45 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan kesemua mangsa.   PPS SK Bandar Penawar, SK Gembut di Kota Tinggi; […]

DUA PPS BAHARU DIBUKA, BEROPERASI DI MUAR

  ISKANDAR PUTERI — Muar menjadi daerah terbaru dilaporkan dilanda banjir dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan beroperasi.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 12 tengah hari, memaklumkan dua PPS tersebut iaitu Dewan Serbaguna FELDA Gugusan Maokil dan SK LKTP FELDA Maokil 2 dibuka jam 10 pagi tadi.   […]

DAERAH TERJEJAS BANJIR TIDAK BERUBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir terkini meningkat hampir 200 orang menjadikan 3,803 penduduk di lima daerah yang terjejas di Negeri Johor.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 10 pagi memaklumkan daerah yang terjejas tidak berubah iaitu Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing dan Batu Pahat.   Bagaimanapun, jumlah keluarga terjejas […]

LIMA DAERAH TERJEJAS, ANGKA MANGSA BANJIR BERTAMBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di Negeri Johor melonjak kepada lebih 3,000 orang susulan lima daerah terjejas setakat ini.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 pagi memaklumkan dua daerah terbaru yang terjejas adalah Mersing dan Batu Pahat, selepas tiga daerah terdahulu iaitu Kota Tinggi, Kluang serta Segamat.   […]

BANJIR JOHOR : TIGA PPS BAHARU DIBUKA, BEROPERASI

  ISKANDAR PUTERI — Tiga lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di daerah Kluang dan Kota Tinggi bagi menempatkan tambahan mangsa banjir.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 malam memaklumkan tiga PPS tersebut adalah Balairaya Kampung Bentong dan Balairaya Kampung Muhibbah Paloh di Kluang serta Dewan Muafakat Taman Desaru […]

JUMLAH MANGSA BANJIR TERUS MENINGKAT

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Negeri Johor terus menunjukkan peningkatan dengan pertambahan pusat pemindahan sementara (PPS).   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan setakat jam 4 petang, memaklumkan statistik kejadian banjir menunjukkan trend meningkat.   Sehingga kini, sebanyak 298 keluarga terdiri daripada 1,093 penduduk terjejas dalam kejadian […]

JUMLAH MANGSA BANJIR DI TIGA DAERAH MENINGKAT

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah keluarga dan penduduk terjejas susulan kejadian banjir di negeri ini, meningkat dengan pertambahan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi.   Dua PPS baharu yang dibuka adalah PPS Dewan Serbaguna Kampung Orang Asli (KOA) Segamat Kecil dan PPS Balairaya Kampung Seberang Batu Badak di daerah Segamat   Jawatankuasa Pengurusan Bencana […]