Tag Archive for: Mohamad Fazli Mohamad Salleh

PEMASANGAN LAMPU ISYARAT BAGI ATASI KEMALANGAN

  ISKANDAR PUTERI — Aliran trafik yang dipercayai menjadi punca kemalangan di persimpangan Jalan Batu Nampak (Parit Ulu) Bakri, dekat Muar, bakal berakhir dengan pemasangan lampu isyarat.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kerja-kerja pemasangan lampu isyarat itu telah dimulakan.   “Saya menerima banyak […]

PAS PERJALANAN MYBAS50 BERMULA 1 APRIL INI

  ISKANDAR PUTERI — Rakyat Johor sekitar Johor Bahru kini menikmati perjalanan bas tanpa had sebulan dengan RM50 menerusi program myBAS50.   Program yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu, dirasmikan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, semalam.   Siew Fook berkata, inisiatif tersebut dapat dimanfaatkan […]

PAJ SEDIA BANTU TINGKAT IMEJ TEKSI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) akan membantu menaikkan imej teksi di Johor dengan memperkenalkan pengiklanan di badan pengangkutan awam tersebut.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, selain mencantikkan imej kenderaan, inisiatif itu membuka peluang pemandu teksi menjana pendapatan dari sumber […]

9 LALUAN BAHARU BMJ TAHUN INI

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak sembilan laluan baharu Bas Muafakat Johor (BMJ) akan beroperasi pada tahun ini, dengan dua daripadanya telah dilancarkan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, dua laluan tersebut adalah SR004 Renggam-Kluang dan MU005 Bandar Muar-Jorak.   Menurutnya, manakala tujuh laluan lagi […]

256 LOKASI JALAN PERSEKUTUAN ROSAK DIKESAN

  ISKANDAR PUTERI — Terdapat 256 lokasi kerosakan dikesan di sepanjang jalan persekutuan di seluruh negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya , Pengangkutan dan Infrstruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.   Menurutnya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengajukan permohonan berjumlah RM223.5 juta bagi tujuan baik pulih.   Bagaimanapun, ujar beliau, […]

PAJ BERSEDIA KAJI LALUAN BMJ UNTUK OPTIMUMKAN PERKHIDMATAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) akan mengkaji semula laluan Bas Muafakat Johor (BMJ) bagi mengoptimumkan penggunaan perkhidmatan tersebut.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kaji semula laluan BMJ itu sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan dari segi masa dan […]

KERAJAAN JOHOR HARAP PERUNTUKAN BAIK PULIH JALAN DAPAT DISEGERAKAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor berharap peruntukan khas dimohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi kerja baik pulih jalan negeri dan persekutuan serta infrastruktur yang rosak akibat banjir dapat disegerakan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, peruntukan tersebut diperlukan agar dapat mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.   […]

USAHA PULIH BEKALAN ELEKTRIK GIAT DILAKSANAKAN

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 45 kawasan di empat daerah masih belum menerima bekalan elektrik berikutan banjir yang melanda di negeri ini.   Daripada jumlah tersebut, 41 kawasan merupakan di daerah Batu Pahat diikuti Muar (2) serta Segamat dan Mersing (1).   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli […]

BEKALAN ELEKTRIK TURUT TERJEJAS SUSULAN BANJIR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 120 Pencawang Elektrik (PE) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlibat dalam kejadian banjir di seluruh negeri ini.   Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.   Beliau berkata, banjir ketika ini bukan sahaja merosakkan harta benda orang awam, […]

4 EMPANGAN REKOD BACAAN PARAS BAHAYA

  ISKANDAR PUTERI — Empat empangan di negeri ini, merekodkan bacaan paras bahaya berikutan hujan berterusan sejak Isnin lalu.   Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.   Beliau berkata, empat empangan itu adalah empangan Sembrong, Empangan Bekok, Empangan Labong dan Empangan Machap. […]