Tag Archive for: Segamat

LEBIH RM1.6 BILION TINGKAT KAPASITI BEKALAN AIR JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan dalam memastikan projek bekalan air terjamin dan tebatan banjir di negeri ini, dapat disiapkan mengikut jadual demi manfaat serta kesejahteraan Bangsa Johor.   Beberapa inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan kelestarian bekalan air di Johor termasuk […]

JOHOR BERI INSENTIF eWALLET UNTUK PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN

  #IskandarPuteri – Bangsa Johor kini berpeluang untuk menikmati insentif eWallet Touch ‘n Go bernilai RM20 yang disediakan oleh Kerajaan Johor sebagai galakan untuk berbelanja tanpa menggunakan wang tunai fizikal di lapan lokasi bazar Ramadan terpilih di seluruh negeri ini.   Inisiatif berkenaan yang julung kali diadakan bakal memberi peluang kepada 1,000 pengunjung pertama di […]

PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK GEMAS-JB HAMPIR SIAP

  #JohorBahru – Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) sepanjang 192 kilometer (KM) yang menghubungkan antara Gemas, Negeri Sembilan dan Johor Bahru kini hampir siap dan dijangka dapat beroperasi dalam tempoh terdekat. Ia akan disusuli dengan perkhidmatan projek Keretapi Elektrik (ETS) sektor selatan yang dijangka akan beroperasi pada sekitar Ogos depan yang dilihat mampu membawa antara […]

LOKASI SESUAI TMIYC SEGAMAT AKAN DIKENAL PASTI

  Kerajaan Negeri mempunyai perancangan pembinaan Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) untuk daerah Segamat yang sedang giat dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan serba lengkap bagi keperluan masyarakat khususnya belia melakukan aktiviti riadah.   Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri akan meminta pihak Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) mengadakan perbincangan bersama Pejabat Daerah Segamat […]

KEUPAYAAN PUSAT PENGUMPULAN, PEMPROSESAN ‘RAJA BUAH’ FAMA DITINGKATKAN

  Kerajaan Negeri berhasrat menaik taraf fasiliti dan teknologi Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Durian di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Tangkak pada tahun ini, dengan cadangan tersebut telah dimajukan serta dipersetujui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).   Bakal menjadi pusat pengumpulan dan pemprosesan durian dikeluarkan sekitar Tangkak, Muar dan Segamat, projek pemerkasaan […]

JOHOR AGRESIF BUAT PERSIAPAN

  Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor sentiasa memperhebatkan persiapan menjelang Tahun Melawat Johor 2026 menerusi peruntukan RM67.6 juta diumumkan dalam Belanjawan Johor 2024 bagi menjadikan Negeri Johor sebagai destinasi pelancongan menarik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.   Menerusi peruntukan berkenaan, dua strategi digariskan meliputi usaha menaik taraf infrastruktur sedia ada serta memperkasakan promosi produk pelancongan […]

DARI SEGAMAT KE PARIS 2024

Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan layak secara automatik ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya menduduki tempat kelapan secara keseluruhan di IWF World Cup yang berlangsung di Phuket, Thailand.   Mohamad Aniq yang berasal dari Segamat, Johor itu sekali lagi berjaya mencipta sensasi negara apabila layak ke temasya sukan terunggul dunia itu […]

GERAK KERJAYA MYFUTUREJOBS @ SEGAMAT TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA

  Kerajaan Negeri melalui Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) terus komited dalam menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada warga Segamat menerusi Gerak Kerjaya MYFutureJobs @ Segamat 2024.   Seramai 676 pemohon telah ditemuduga berdasarkan 3,293 jawatan kosong yang ditawarkan bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang dalam program tersebut berlangsung sempena Jelajah Orang Muda Johor […]

MANGSA BANJIR HARGAI SUMBANGAN YRZSNJ

  Mangsa banjir di daerah Kota Tinggi yang kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SJKC New Kota menghargai sumbangan yang dikurniakan oleh Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).   Penduduk Taman Mawai yang kini berlindung di PPS berkenaan, Siti Farhana Sofi […]

MANGSA BANJIR JUNJUNG KASIH KEPRIHATINAN TUNKU MAHKOTA JOHOR

  Bantuan segera kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menceria dan memberikan kelegaan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Kampung Batu Badak, Segamat.   Bagi Aishah Abdul Hamid, kurniaan tersebut membawa erti yang amat bermakna sekali gus menjunjung kasih atas keprihatinan Tunku Ismail kerana telah menghulurkan sumbangan kepadanya […]