Tag Archive for: YPKDT

JOHOR CAKNA PENJAGAAN AWAL KANAK-KANAK

  Ikhtiar Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) memperluaskan inisiatif Jauhar Childcare Centre (JCC) ke kawasan komuniti berjaya direalisasikan menerusi pengoperasian pusat asuhan, didikan dan perkembangan awal kanak-kanak tersebut di PPR Melana Indah Fasa 2.   Penubuhan JCC merupakan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam meringankan beban golongan B40 dengan tawaran kadar yuran bulanan […]

LINDUNGI DAN PERKASA WANITA BERSAMA!

  Kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) komited memperkasa golongan wanita di negeri ini, yang diterjemahkan dalam 10 resolusi dibentangkan pada Konvensyen Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Negeri Johor (KOMENTAR) 2024.   Resolusi berkenaan adalah pengukuhan ekonomi dan usahawan wanita; pembangunan direktori kepimpinan wanita; peningkatan kesejahteraan psikososial dan kesihatan mental; pengukuhan […]

WANITA ASET PENTING, MENYUMBANG PEMBANGUNAN NEGERI DAN NEGARA

  Oleh Suhana Mohd Ariffin   Golongan wanita merupakan aset penting yang perlu digilap secara optimum bagi membolehkan kumpulan masyarakat berkenaan menyumbang secara aktif dan berkesan kepada pembangunan negeri mahupun negara.   Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail memaklumkan isu berkaitan hak dan kebajikan menjadi antara agenda penting bagi […]

KERAJAAN NEGERI TERUSKAN USAHA BERDAYA WANITA JOHOR

  Kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) komited dalam berperanan meningkatkan pemberdayaan dan kelestarian wanita di negeri ini, yang menjadi inisiatif dalam Belanjawan Johor 2024.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail memaklumkan wanita di negeri ini perlu diperkasakan selain menghakupaya potensi diri, keluarga dan masyarakat.   […]

KLINIK KESIHATAN BERGERAK SEDIA SARINGAN KESIHATAN MENTAL

  Inisiatif klinik kesihatan bergerak diumumkan dalam Belanjawan Johor 2024 akan turut menyediakan saringan kesihatan mental melibatkan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon memaklumkan perkhidmatan diberikan adalah psikologi dan kaunseling bagi membantu kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental […]

KERAJAAN NEGERI BINCANG BAGI MENERUSKAN KASIH SURI ASPIRASI KELUARGA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri berhasrat meneruskan Program Kasih Suri Aspirasi Keluarga Johor untuk manfaat peserta eKasih khusus di kalangan golongan miskin dan miskin tegar bagi tahun 2023.   Bagi tujuan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail telah mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Yayasan […]

USAHA KERAJAAN NEGERI BASMI MISKIN TEGAR DITERUSKAN DI JOHOR BAHRU

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 449 ketua isi rumah (KIR) di Johor Bahru bakal dibantu oleh Kerajaan Negeri untuk keluar dari kelompok miskin tegar.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, Kerajaan Negeri meneruskan usaha untuk membasmi miskin tegar di negeri ini.   Menurutnya, usaha tersebut dilakukan bersama pelbagai […]

KERAJAAN JOHOR, MELAKA BINCANG HAL EHWAL KEMASYARAKATAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menerima kunjungan delegasi Kerajaan Melaka bagi membincangkan hal ehwal kemasyarakatan.   Kunjungan delegasi Kerajaan Melaka diketuai EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka, Datuk Kalsom Nordin itu disambut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail.   Khairin-Nisa berkata, pertemuan bersama rakan sejawatnya itu menjadi […]

PENUBUHAN YPKDT MAMPU KEKALKAN KUALITI KEHARMONIAN DALAM KELUARGA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor kekal komited dalam pembangunan masyarakat berkeluarga dengan memperkukuhkan institusi keluarga yang bahagia dan harmoni di negeri ini.   Oleh itu, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) yang dibangunkan pada tahun 1997 perlu terus berperanan dalam merancang program kemasyarakatan dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak bagi mengekalkan kualiti keharmonian […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED BANTU 176 KIR MISKIN TEGAR DI KLUANG

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor melaksanakan ‘taskforce’ Pembasmian Miskin Tegar di Daerah Kluang dalam usaha mencapai sasaran sifar miskin tegar menjelang tahun 2025.   Pasukan petugas dilaksanakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail itu turut melibatkan agensi dan jabatan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).   Antaranya, Bahagian […]