JOHOR SASAR 20 SYARIKAT MELABUR DI BAWAH ZON EKONOMI KHAS

  Kerajaan Negeri menyasarkan kira-kira 20 syarikat terkemuka bagi membuat pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi merangsang pembangunan ekonomi dan mencipta ratusan ribu peluang pekerjaan kepada Bangsa Johor selain menghadirkan kesan berganda terhadap ekonomi setempat.   Sasaran tersebut juga dibuat bagi memperkukuh nilai rantaian bekalan seterusnya mengisi jurang tenaga mahir dalam negeri dan […]

KFL ENJIN PERTUMBUHAN EKONOMI JOHOR

  Inisiatif mesra pelaburan, Kulai Fast Lane (KFL) digerakkan oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) terus menjadi nadi kerancakan pertumbuhan ekonomi daerah Kulai dan turut memacu kepesatan pembangunan ekosistem perniagaan yang memberi limpahan kepada Johor secara keseluruhan.   Mula dilaksanakan pada 11 Mei 2022 , inisiatif signifikan tersebut menjadi strategi serampang dua mata dalam menjadikan Kulai […]

DURIAN JOHOR ‘MENDUNIA’

Industri tanaman durian di Johor semakin mencatatkan trend positif terutama membabitkan jumlah pengusaha tanaman, keluasan serta pengeluaran raja buah itu setakat Julai ini, sekali gus mendominasi pasaran dalam dan luar negara.   Malah, sejumlah RM3.14 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2023 dan 2024 bagi usaha meningkatkan produktiviti ladang durian yang berkeluasan 853.61 hektar dab […]

TECH MEDINI MAMPU BANTU IIB CAPAI PELABURAN RM9 BILION

  Iskandar Investment Berhad (IIB) terus mengorak langkah dalam menjadikan kawasan Medini sebagai destinasi utama pilihan pelabur menerusi inisiatif terbaharu Tech Medini bagi membantu syarikat permulaan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan seterusnya memperkukuh usaha ‘Net-Zero Carbon Central Business District (CBD)’.   Pelancaran inisiatif tersebut dilihat berupaya mengekalkan kedudukan IIB sebagai perintis kepada penubuhan pusat bandar […]

JTDC GERAK USAHA JOHOR SEDIA BAKAT TERBAIK

  Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang kini dalam fasa akhir perbincangan dan dijangka dimuktamadkan pada September ini, perlu disokong dengan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta selari dengan keperluan industri dalam usaha merealisasikan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.   Bagi tujuan tersebut dan mendepani cabaran ketidakpadanan pekerjaan yang menjadi dilema graduan, YB Aznan […]

TERUS LONJAK KEMAJUAN LUAR BANDAR

  Kerajaan Negeri komited untuk terus memperkasakan sosioekonomi masyarakat luar bandar secara holistik termasuklah dalam sektor pertanian yang menjadi antara agenda signifikan bagi merealisasikan aspirasi menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.   Bagi tujuan berkenaan, telah berlangsungnya Sesi Townhall : Memperkasa Ekonomi Melayu (Sektor Pertanian dan Kemajuan Luar Bandar) yang diadakan sempena Konvensyen […]

EKONOMI JOHOR BERKEMBANG 4.1 PERATUS

  Prestasi ekonomi Johor terus mengalami pertumbuhan memberangsangkan iaitu 4.1 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya apabila merekodkan peningkatan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM148.2 bilion pada 2023 ketimbang RM142.4 bilion pada 2022.   Sektor perkhidmatan mendominasi dengan sumbangan sebanyak 54.0 peratus diikuti pembuatan (29.8 peratus), pertanian (11.6 peratus), pembinaan (3.0 peratus) manakala […]

IIB, TM-NXERA JALIN KERJASAMA BANGUNKAN INFRASTRUKTUR DIGITAL

  Iskandar Investment Berhad (IIB) menerusi River Retreat Sdn. Bhd. memeterai kerjasama strategik dengan TM-NXERA, usaha sama antara Telekom Malaysia Bhd. (TM) dan Singapore Telecommunications Ltd. (Singtel) untuk membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan digital yang canggih di kawasan Iskandar Puteri.   Kerjasama strategik yang dijalinkan merupakan peristiwa penting dalam usaha untuk mengorak langkah menjadi […]

PELABURAN BYTEDANCE BAWA MANFAAT JANGKA PANJANG

  Perancangan pemilik TikTok, ByteDance untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecerdasan buatan (AI) utama di rantau ini dengan cadangan pelaburan berjumlah kira-kira RM10 bilion mampu mengembangkan sektor ekonomi negara yang turut memberi limpahan kepada Negeri Johor.   Malah dengan cadangan ByteDance memperluaskan fasiliti pusat data sedia ada dengan pelaburan tambahan sebanyak RM1.5 bilion, Kerajaan Negeri […]

JS-SEZ ‘GAME CHANGER’ EKONOMI JOHOR

  Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan ‘economic game changer’ yang mampu menarik pelaburan bernilai tinggi selain mewujudkan peluang pekerjaan dan melahirkan bakat berkualiti kepada Negeri Johor.   Kerajaan Negeri sudah menggariskan sasaran makro dan indikator yang hendak dicapai menerusi pembangunan zon khas berkenaan di mana ia menjadi pemangkin atau penggalak menuju ke arah […]