Artikel oleh MDJ

ELAK GANTUNG BENDERA, POSTER DI PERALATAN MILIK TNB

Kini demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sudah hampir bermula. Namun dalam keghairahan tempoh berkempen, elaklah mengantung bendera parti di tiang, kabel, peti pembekal, pencawang dan pepasangan elektrik bagi mengelakan risiko renjatan elektrik. Jika anda melihat situasi berbahaya atau boleh menganggu bekalan elektrik, segera menghubungi pihak TNB untuk tindakan segera demi kesejahteraan kita bersama […]

BERTINDAK SEGERA, PANTAU SITUASI – TMJ

ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sudah menghubungi Ranhill SAJ berhubung gangguan bekalan air tidak terancang berikutan kejadian paip pecah di Persiaran Seri Alam, dekat Masai. Tunku Ismail dalam ciapan di akaun Twitter Baginda bertitah kepada pihak Ranhill SAJ untuk bertindak dengan segera dan memantau situasi. Dalam ciapan tersebut, […]

250 KILOGRAM ‘GHOST NET’ BERJAYA DIBERSIHKAN

ISKANDAR PUTERI — Jabatan Perikanan Negeri Johor berjaya membersihkan kira-kira 250 kilogram ‘ghost net’ di sekitar Taman Laut Johor berhampiran perairan Pulau Sibu yang dilihat menjadi ancaman kepada hidupan marin di kawasan berkenaan. Tindakan itu diambil bagi menjaga persekitaran laut terutama di kawasan yang mempunyai batu karang, selain memastikan haiwan akuatik seperti penyu dan dugong […]

HOSPITAL PAKAR KPJ JOHOR MENJADI HOSPITAL SWASTA PERTAMA DI JOHOR MILIKI KUMPULAN SOKONGAN PESAKIT KANSER

  ISKANDAR PUTERI — Hospital Pakar KPJ Johor menjadi hospital swasta pertama di negeri ini, memiliki kumpulan sokongan khas kepada pesakit kanser dikenali ‘Johor Specialist Support Group’ (JSSG) dilancarkan semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor, Haliza Khalid berkata, kewujudan JSSG sebagai inisiatif membantu dari segi sokongan emosi dan sosial serta bertindak membantu menyampaikan […]

KERAJAAN JOHOR BAWA PULANG MANGSA SINDIKET PEKERJAAN DI KEMBOJA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri berjaya menyelamatkan dan membawa pulang tujuh rakyat Johor menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja. Ketujuh-tujuh mangsa telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) jam 12 tengah malam tadi. sebelum empat daripadanya di bawa pulang ke Johor Bahru. Ketibaan mereka di Johor Bahru telah […]

TAMAN EKO-RIMBA SUNGAI BANTANG DAN TREK PENDAKIAN GUNUNG BEKOK DITUTUP

  ISKANDAR PUTERI — Taman Eko-Rimba Sungai Bantang dan trek pendakian Gunung Bekok, Labis ditutup kepada orang ramai bermula semalam. Penutupan pusat rekreasi itu terpaksa dilakukan berikutan keadaan cuaca tidak menentuk berikutan ketibaan musim tengkujuh. Dalam notis penutupan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor itu memaklumkan segala aktiviti mandi-manda, perkelahan dan pendakian di […]

‘SHUTTLE BUS’ PERCUMA KE HSA, HSI MEMUDAHKAN RAKYAT MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

  ISKANDAR PUTERI — Perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail menterjemahkan komitmen kerajaan negeri dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan dan kesihatan awam kepada pengguna. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif ‘shuttle bus’ percuma melibatkan peruntukan RM550,000 setahun itu disediakan untuk pesakit dan pengunjung […]

SEMOGA BERJAYA KONTINJEN JOHOR DI PENTAS PARA SUKMA XX 2022

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak sembilan acara disertai Kontinjen Para Johor dalam temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 6 November ini. Acara tersebut merupakan olahraga, renang, ping pong, badminton, powerlifting, tenpin boling, boling padang, catur dan boccia. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri […]

JUALAN HASIL LAUT SEGAR MELAMBAI KEHADIRAN PENGUNJUNG

ISKANDAR PUTERI — Setiap kali hujung minggu, tapak khas jualan hasil laut Orang Asli terletak di Bakar Batu, dekat Permas Jaya, menjadi tumpuan masyarakat. Kemeriahan lokasi ini dapat dirasai seawal jam 7.30 pagi dengan kehadiran pengunjung sekitar bandar raya Johor Bahru, bahkan rakyat dari seberang tambak, Singapura. Tinjauan Media Digital Johor mendapati pelbagai hasil sungai […]

TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK PUTERA GUNUNG PANTI TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA

  ISKANDAR PUTERI — Pementasan hari pertama Teater Muzikal Kanak-Kanak Putera Gunung Panti (TMKKPGP) menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai yang menyaksikan persembahan bertenaga Artis Budaya Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan Kelab Tarian, Warisan dan Teater (SETARI), semalam. TMKKPGP yang dipentaskan selama tiga hari di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar bermula semalam […]