Artikel oleh MDJ

TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU-ROMPIN DIISYTIHAR TAMAN WARISAN ASEAN

  ISKANDAR PUTERI — Taman Negara Johor Endau-Rompin menerima pengiktirafan antarabangsa selepas diisytiharkan sebagai Taman Warisan ASEAN (AHP), semalam. Pengiktirafan itu diterima pada Persidangan Taman Warisan ASEAN Ke-7 yang berlangsung selama empat hari, di Bogor, Indonesia. Hadir menerima pengiktirafan tersebut adalah Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Taufik Bahar. Kejayaan itu dikongsikan oleh pemilik Facebook Johor […]

KERAJAAN JOHOR IKTIRAF, HARGAI SUMBANGAN NELAYAN MERSING

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa komited memperjuangkan agenda jaminan bekalan makanan di negeri ini, dengan memastikan bekalan mencukupi terutama dalam sektor perikanan. Bagi menjayakan inisiatif tersebut, kerajaan negeri mengiktiraf dan menghargai peranan para nelayan di Mersing sekali gus menyampaikan sumbangan kepada kumpulan tersebut, semalam. Hadir menyempurnakan sumbangan Bantuan Kasih Bangsa Johor Daerah Mersing […]

TEST

ISKANDAR PUTERI — Pementasan hari pertama Teater Muzikal Kanak-Kanak Putera Gunung Panti (TMKKPGP) menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai yang menyaksikan persembahan bertenaga Artis Budaya Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan Kelab Tarian, Warisan dan Teater (SETARI), semalam. TMKKPGP yang dipentaskan selama tiga hari di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar bermula semalam hingga esok, […]

PEMBEDAHAN EVISCERATION PERTAMA KPJBDOSH BERJAYA

  ISKANDAR PUTERI — Hospital Pakar Bandar Dato’ Onn (KPJBDOSH) menjadi hospital pertama rangkaian hospital pakar KPJ di Johor berjaya menyempurnakan prosedur khas pembedahan mata seorang pesakit kanak-kanak warganegara Indonesia. Zivany Beta Ria, 10, dari Batam Indonesia dilahirkan buta sebelah mata dan tidak mempunyai biji mata hitam merupakan pesakit pertama menjalani pembedahan ‘evisceration’ dan implan […]

HUJAN DIRAMAL BERLAKU DI 15 KAWASAN PARLIMEN PADA HARI PENAMAAN CALON

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan hujan akan berlaku di beberapa kawasan parlimen pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) 15 pada 5 November ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MET Malaysia meramalkan hujan akan melanda 15 kawasan parlimen di Johor pada sebelah pagi yang juga tempoh berlangsungnya proses […]

BAKAL CALON PILIHAN RAYA DISARAN MEMBUAT SEMAKAN DAN BAYARAN DEPOSIT LEBIH AWAL

  ISKANDAR PUTERI — Semua bakal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15 disarankan supaya membuat bayaran deposit lebih awal menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Ikmalrudin Ishak, berkata ia bertujuan untuk memastikan proses penamaan calon pada 5 November ini dapat dilaksanakan dengan lancar. “Kertas […]

107 PENDUDUK KAWASAN PARLIMEN AYER HITAM TERIMA LESEN MEMANDU MOTOSIKAL

  BATU PAHAT — Seramai 107 penduduk di kawasan Parlimen Ayer Hitam menerima bantuan lesen memandu motosikal kelas B2. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, berkata kesemua penduduk berkenaan menerima lesen memandu motosikal kelas B2 menerusi Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan. “Menerusi pemilikan lesen memandu motosikal […]

JDT MUDAH SINGKIR PJ CITY FC AKSI PIALA MALAYSIA

  ISKANDAR PUTERI — Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan saingan Piala Malaysia 2022 dan mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan PJ City FC 2-0 dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan merekodkan agregat jaringan 6-0 ke atas pasukan kendalian P. Maniam dalam pertemuan […]

PBT DI JOHOR MULA KELUARKAN PERMOHONAN PERMIT IKLAN PILIHAN RAYA

  ISKANDAR PUTERI — Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kian terasa apabila beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mula menerbitkan notis pemberitahuan berkaitan permohonan permit iklan pilihan raya. Tinjauan MDJ hari ini mendapati tiga PBT iaitu Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) sudah memaparkan […]

LAWATAN MENTERI BESAR KE PARLIMEN JOHOR BAHRU BAWA KHABAR GEMBIRA

  ISKANDAR PUTERI — Kunjungan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sempena lawatan kerja ke Parlimen Johor Bahru melibatkan DUN Larkin dan Stulang, semalam, membawa khabar gembira kepada penduduk setempat. Berkongsi mengenai lawatan kerja tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah yang juga ADUN […]