Artikel oleh Siti Inarah Izazi Abd. Mutalib

JANGAN PERMAINKAN SENTIMEN AGAMA

  Kerajaan Johor memandang serius dan mengecam sekeras-kerasnya pengeluaran stoking tertera kalimah Allah seterusnya dijual di premis kedai serbaneka terkemuka sehingga mengundang kemarahan umat Islam yang disifatkan sebagai tidak bermaruah dan berakhlak kerana telah menghina agama Islam.   Meskipun tiada produk seumpama itu lagi di negeri ini berdasarkan laporan susulan semakan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam […]

SMAKJ CEMERLANG SMRA, SMA NEGERI JOHOR

  Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) Kluang diumumkan sekolah terbaik keseluruhan keputusan peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sijil Menengah Agama (SMA) Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Negeri Johor Tahun 2023.   Manakala Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ) Johor Bahru pula dinobatkan sebagai sekolah terbaik peperiksaan SMA bagi pakej peperiksaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). […]

JETCO BAWA PEMAIN INDUSTRI SINGAPURA ‘RONDA’ BANDAR RAYA JOHOR BAHRU

  Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura menganjurkan ‘Familiarization (Fam) Trip’ sebagai usaha berterusan bagi mengukuhkan platform kerjasama dua hala dengan pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan antara Johor dan Singapura, pada 7 dan 8 Mac lalu.   Program dengan kerjasama Pejabat Tourism Malaysia di Singapura, Tourism Johor dan agensi berkaitan itu telah […]

602,619 PELAJAR DI JOHOR LAPOR DIRI SESI PERSEKOLAHAN BAHARU

  Hari pertama pembukaan sekolah sesi akademik tahun 2024 / 2025 menyaksikan kira-kira 577,844 pelajar dari Pra-Sekolah hingga Tingkatan Enam melaporkan diri di 1,192 sekolah di Negeri Johor bagi kumpulan A yang bermula hari ini.   Sesi kali ini juga menjadi tahun kedua tiada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk minggu pertama bagi menarik minat […]

MAINJ UNJUR PUNGUTAN ZAKAT FITRAH RM24.29 JUTA TAHUN INI

    Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengunjurkan RM24.29 juta pungutan zakat fitrah melibatkan kira-kiradi negeri ini, menunaikan Rukun Islam ketiga bagi tahun 1445H / 2024M.   Seramai 1,660 amil dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut zakat fitrah yang turut terlibat membanci fakir dan miskin di kariah masing-masing yang kemudiannya diputuskan oleh […]

KERAJAAN NEGERI, PAKAR BINCANG MITIGASI BENCANA GEOHIDROLOGI

  Mengenal pasti langkah dan tindakan mitigasi efektif menyelesaikan cabaran geohidrologi terutama bencana banjir di negeri ini, yang berlaku saban tahun bagi mencapai Johor Bebas Banjir 2030 antara topik signifikan dibincangkan dalam Simposium Bencana Geohidrologi dan Mitigasi 2024.   Simposium anjuran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor dan Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK) Universiti […]

FLLSPG 2024 LAKAR SEJARAH CATAT KEHADIRAN 500,000 PENGUNJUNG

  Setelah hampir tiga dekad penganjurannya, Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Tahun 2024 menciptakan satu lagi sejarah tersendiri apabila menerima kehadiran seramai 500,000 pengunjung sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan.   Sepanjang sembilan hari berlangsung, keunikan diketengahkan dalam acara tahunan berprestij anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Pelayang Malaysia (MPM) dan Persatuan […]

RM2.8 JUTA BANTUAN KASIH MURID JOHOR RINGAN BEBAN KELUARGA B40

  Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta bagi pelaksanaan Bantuan Kasih Murid Johor sebagai usaha meringankan beban perbelanjaan keluarga B40 menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun 2024/2025 pada 10 Mac nanti.   Inisiatif yang pertama kali diadakan itu melibatkan seramai 11,200 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini […]

KERAJAAN NEGERI GARIS EMPAT AGENDA PACU PENDIDIKAN JOHOR

  Kerajaan Negeri menggariskan empat agenda dan beberapa langkah penting dalam usaha memacu sektor pendidikan di negeri ini selari dengan matlamat Teras Pendidikan Aspirasi Maju Johor menjelang tahun 2030.   Antara agenda yang diberi penekanan ialah usaha pemberdayaan guru johor, menerajui jati diri murid johor, kemudahan infrastruktur, fasiliti serta persekitaran yang selesa, selain ia akan […]

JOHOR ANTARA PENYUMBANG TERBESAR EKSPORT, IMPORT NEGARA

  Negeri Johor menjadi antara negeri menunjukkan peningkatan memberangsangkan dan penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan Malaysia bernilai RM234.7 bilion pada Januari 2024.   Eksport negara bernilai RM122.4 bilion meningkat sebanyak RM9.8 bilion bersamaan 8.7 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya, dipengaruhi oleh eksport lebih tinggi dicatatkan sembilan negeri termasuk Johor (+RM5.6 bilion).   Manakala bagi […]