Artikel oleh Siti Inarah Izazi Abd. Mutalib

BERKAT MULIAKAN GURU, MUFIDAH MUNCUL PELAJAR TERBAIK SDEA 2023

  ‘Jangan mengumpat belakang cikgu, nanti ilmu tak berkat’, itulah pesanan yang dititipkan oleh Mufidah Mohamad Saleh, 13, setelah diumumkan sebagai pelajar terbaik Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) Tahun 2023, hari ini.   Turut mengingatkan agar menjaga pertuturan seharian, pelajar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru (SRABJB) itu akui tidak menyangka memperoleh keputusan agregat 9A […]

LIBAT URUS, BENGKEL BERI KEFAHAMAN PRODUK BERKAITAN AGAMA

  Kerajaan Johor kekal bertegas dan tidak berkompromi terhadap isu melibatkan sensitiviti agama dan kemuliaan Islam seperti yang berlaku sejak kebelakangan ini.   Sekalipun pihak yang didakwa telah disiasat dan memberikan penjelasan, perkara melibatkan sensitiviti agama tidak boleh dijelaskan hanya dengan keterangan atas sekeping kertas sahaja.   Akui bimbang ketidakprihatinan rangkaian pasar raya terkemuka berkait […]

AIR KATHIRA ABU BAKAR, SETAHUN SEKALI BERSUA

“Siang terbayang, malam merindu” itulah ‘tagline’ yang diberikan oleh pelanggan setia Air Kathira Abu Bakar yang sangat sinonim dengan Bangsa Johor setiap kali tibanya Ramadan.   Menurut Radiah Abu Bakar, 51, yang juga penyambung warisan Air Kathira Abu Bakar memberitahu ramuan minuman lazat ini dipelajari bapanya, Allahyarham Abu Bakar Mohammed Eusoff Al Pichir di Pakistan. […]

LANGKAH BERJAGA-JAGA AWAL BUKAN CATUAN AIR

  Kerajaan Negeri membuat persediaan awal dengan mengambil langkah berjaga-jaga bukannya melakukan catuan agar isu tekanan air rendah akibat penggunaan yang tinggi ketika musim perayaan Aidilfitri tidak memberi kesan kepada rakyat.   YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor memaklumkan langkah berkenaan yang diambil menerusi Ops Aidilfitri Tahun 2024 adalah dengan menggerakkan 27 lori […]

RM45.7 JUTA BANTUAN DISALUR SEMPENA AIDILFITRI 2024

  Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan berjumlah RM45.7 juta yang dijangka memberi manfaat dan meringankan beban kira-kira 500,000 Bangsa Johor membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri tahun ini.   Antara bantuan disalurkan adalah sumbangan hari raya berjumlah RM14.6 juta kepada 8,856 orang asnaf, fakir dan miskin serta Belanja Dapur Asnaf sebanyak RM3.6 juta untuk 12,000 keluarga.   […]

PERSEDIAAN AWAL DIAMBIL ELAK GANGGUAN BEKALAN AIR KETIKA AIDILFITRI

  Kerajaan Negeri menerusi Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) sudah mengambil langkah persediaan awal bagi memastikan bekalan air bersih ketika musim perayaan Aidilfitri terutama di kawasan dijangka terjejas adalah terkawal.   Antaranya, melakukan proses pengolahan air dari kawasan permintaan rendah seperti perindustrian dan bandar ke kawasan permintaan tinggi seperti kampung, menambah kapasiti bekalan menggunakan […]

BRR RINGAN BEBAN RAKYAT, GALAK PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH

  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor komited mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di bulan Ramadan menerusi inisiatif Bazar Ramadan Rahmah (BRR).   Sebanyak RM160,000 diperuntukkan bagi penganjuran BRR di lapan lokasi terpilih yang turut menggalakkan peniaga menawarkan menu RAHMAH pada harga RM5 dan ke bawah kepada penduduk setempat. […]

PIJ SALUR RM22,600 BANTU PELAJAR B40 PIS

  Perbadanan Islam Johor (PIJ) menyalurkan bantuan berjumlah RM22,600 yang memberi manfaat kepada 42 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dalam kalangan golongan B40 bagi meringankan beban kos pengajian.   Bantuan terdiri daripada Skim Bantuan Mesin Pencetak bernilai RM12,600 dan dana kebajikan sebanyak RM10,000 itu menjadi perangsang motivasi kepada penerima terdiri anak Johor di Institut Pengajian […]

APLIKASI PARKMAX@MBIP MUDAHKAN PENGGUNA

  Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Syarikat Southmax Sdn. Bhd hari ini melancarkan aplikasi PARKMAX@MBIP yang dilihat mampu menangani isu parkir di kawasan pihak berkuasa tempatan itu.   Melalui inisiatif ini para pengguna tidak lagi perlu membeli kupon daripada agen penjualan kupon sebaliknya boleh terus membeli kupon, menambah waktu tambahan parkir, serta membayar […]

PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA KOTA ISKANDAR MERIAH

  Program Bubur Lambuk Perdana Kota Iskandar 1445H / 2024M anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor berlangsung meriah dengan penyertaan jabatan dan agensi negeri melibatkan hampir 300 penjawat awam di parkir Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, hari ini.   Turut berlangsung serentak di 10 daerah dengan keseluruhan 105 periuk bubur lambuk, program julung kali diadakan […]