Entries by Nur Liyana Iwana Che Mansor

TIADA KOMPROMI, DUA TASKA DIARAH HENTI OPERASI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor tidak berkompromi kepada taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang gagal menjaga hak kanak-kanak di bawah tanggungan dan kakitangan.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, kerajaan negeri komited memastikan semua TASKA di negeri ini, tempat kondusif bagi pembesaran dan pembelajaran kanak-kanak.   Menurutnya, ‘task […]

HAYATI PESANAN KHUTBAH JUMAAT – MENTERI BESAR JOHOR

ISKANDAR PUTERI –– Khutbah Jumaat minggu ini yang menyentuh tentang kewajipan memelihara amanah mendapat perhatian dari Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Onn Hafiz berkata, Khalifah yang diberi amanah oleh Allah wajib mempunyai rasa tanggungjawab terhadap setiap perkara yang dilakukan.   “Semoga kita semua menghayati pesanan Mimbar, iaitu sebagai seorang Khalifah yang diberi […]

“POTONG BARISAN, PATAH BALIK KE SINGAPURA” – MENTERI BESAR JOHOR

ISKANDAR PUTERI –– Kenderaan yang memotong barisan untuk memasuki Malaysia akan diarah berpatah balik ke Singapura, tegas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Onn Hafiz turut menghargai anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas mengawal kesesakan lalu lintas di laluan keluar masuk Malaysia-Singapura.   “Terima Kasih PDRM yang bertugas mengawal kesesakan trafik […]

KEMUDAHAN TAMAN NEGARA JOHOR GUNUNG LEDANG DINAIK TARAF

ISKANDAR PUTERI — Perancangan pembangunan bagi menaik taraf kemudahan di Taman Negara Johor Gunung Ledang diharapkan dapat meningkatkan imej serta memberi keselesaan kepada pengunjung pada masa akan datang.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar, berkata beliau telah melakukan lawatan tapak projek bagi meninjau perkembangan kerja-kerja menaik taraf […]

PEMBAKARAN TERBUKA MAKIN MENJADI-JADI DI ULU CHOH

  ISKANDAR PUTERI– Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan pembakaran timbunan sampah di Ulu Choh baru-baru ini hingga menimbulkan ketidakselesaan penduduk setempat.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar, berkata pihaknya juga telah menerima banyak aduan daripada orang ramai khususnya penduduk setempat berkaitan […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED JAGA KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK

  ISKANDAR PUTERI–Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Johor (JKMNJ) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) meneruskan operasi penguatkuasaan di sebuah tadika yang terletak di Johor Bahru, semalam.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa Ismail, memaklumkan hasil operasi itu mendapati pengusaha tadika tersebut menempatkan kanak-kanak berumur 4 […]

SAMA-SAMA TOLAK SIKAP PENGOTOR – EXCO KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Pagi bersih, tengah hari kotor. Itulah tahap kedegilan segelintir masyarakat yang dipercayai ‘orang luar’ yang membuang sampah di Jalan Kampung Bintang Lama, dekat Batu Pahat.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata perbuatan tidak bermoral itu telah mencerminkan sikap sesetengah masyarakat yang tidak bertanggungjawab […]

EXCO KERAJAAN JOHOR TEGUR PERBUATAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA

  ISKANDAR PUTERI — Perbuatan tidak bermoral masyarakat membuang sampah di Jalan Kampung Bintang Lama, dekat Batu Pahat, mendapat perhatian Exco Kerajaan Johor.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid meluahkan rasa kesal terhadap perkara itu menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya.   “Lihat, pihak berkuasa dah tutup dan […]

151 PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK BERLESEN DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 151 pusat jagaan kanak-kanak di Johor telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor sehingga tahun ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail, berkata Kerajaan Negeri menerusi JKM Negeri Johor sentiasa komited memastikan pusat jagaan beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan di dalam […]

BIASISWA PENUH BANTU TIGA ORANG PELAJAR SPM TERBAIK

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor bakal menyediakan biasiswa penuh kepada tiga pelajar di negeri ini, yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, pelajar berkenaan dipilih selepas keputusan peperiksaan itu diumumkan hujung bulan ini.   Menurutnya, pemberian biasiswa itu […]