JOHOR SOKONG PERCEPAT PELAKSANAAN E-ART

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh terhadap usaha untuk mempercepatkan pelaksanaan projek Aliran Transit Automasi-Bertingkat (E-ART) sebagai langkah penting dalam memastikan kesinambungan sistem pengangkutan awam negeri ini, khususnya bagi menyokong pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru–Singapura yang dijangka bakal bermula pada Januari 2027.   Pelaksanaan E-ART ini amat signifikan bagi memastikan […]

CIKGU ROHANI BAKAR DINOBAT SEBAGAI TOKOH GURU 2025 NEGERI JOHOR

  #IskandarPuteri – Selepas 34 tahun tanpa sebarang rasa jemu dan penat mengabdikan diri dalam dunia pendidikan, hari ini pengorbanan itu ternyata berbaloi apabila Hajah Rohani Bakar, 72, diangkat sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru 2025 Peringkat Negeri Johor, sekali gus menjadi simbol penghargaan terhadap dedikasi beliau dalam membentuk generasi berilmu dan berdisiplin di negeri ini. […]

LEBIH 50 LAPORAN POLIS DIBUAT BERHUBUNG ISU PENGHINAAN INSTITUSI DIRAJA JOHOR

  #IskandarPuteri – Lebih 50 laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kini dibuat secara meluas di seluruh negeri ini melibatkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan belia, wakil rakyat, pimpinan masyarakat dan individu perseorangan.   Antara yang tampil membuat laporan polis berkenaan ialah persatuan belia di […]

JOHOR ALAMI HUJAN BERTERUSAN HINGGA KHAMIS INI

  #IskandarPuteri – Negeri Johor kini berada dalam situasi Amaran Hujan Berterusan yang dijangka berlarutan sehingga 18 Disember 2025, menurut laporan terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), melibatkan dua tahap amaran iaitu Tahap Buruk dan Tahap Waspada.   Empat daerah yang diramal mengalami hujan tahap buruk ialah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, di […]

AYUH JOHOR AKADEMIA 2025 SOKONG HALA TUJU MAJU JOHOR 2030

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh ekosistem pendidikan di negeri ini menerusi penganjuran Program Ayuh Johor Akademia 2025 yang menghimpunkan ahli akademik dari seluruh Johor.   Berbeza dengan Program Ayuh Johor sebelum ini yang pada kebiasaannya dilaksanakan bersama mahasiswa, namun program kali ini dijayakan dengan menghimpunkan ahli akademik dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) […]

CUTI PERISTIWA TANDA PENGHARGAAN KEPADA PENYOKONG JDT

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mengisytiharkan Isnin, 15 Disember 2025 sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri ini, susulan kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2025/2026, trofi kali keempat berturut-turut.   Pengisytiharan cuti khas ini oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor selepas mendapat perkenan DYAM Tunku […]

JDT JULANG PIALA FA, JOHOR ISYTIHAR CUTI PERISTIWA ESOK

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mengisytiharkan Isnin, 15 Disember sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sebagai penghargaan atas kejayaan cemerlang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2025/2026 dengan kemenangan bergaya 5-0 menewaskan Sabah FC sebentar tadi.   Cuti khas ini diumumkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor sejajar […]

JOHOR SUMBANG £10,000 PERKUKUH USAHA FARDU KIFAYAH DI EROPAH

  #IskandarPuteri – Komitmen Johor dalam memperkukuh kesejahteraan ummah diperluaskan ke peringkat antarabangsa apabila Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan berjumlah £10,000 kepada Yayasan Pendidikan Suffa, sebuah organisasi yang giat melaksanakan usaha fardu kifayah bagi komuniti Islam khususnya masyarakat Melayu di Eropah.   Sumbangan tersebut turut menjadi pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap usaha konsisten yayasan diasaskan oleh Shaykh […]

MAJLIS PERBANDARAN KLUANG JOHAN KESELURUHAN MAJLIS PENGANUGERAHAN INOVASI JOHOR 2025

  #IskandarPuteri – Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada Majlis Penganugerahan Inovasi Johor Tahun 2025 sekali gus mengiktiraf usaha dan komitmen pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut memperkukuh budaya inovasi dan penggunaan teknologi pintar dalam perkhidmatan awam.   Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dengan kerjasama strategik Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan […]

KERAJAAN NEGERI AGIH BANTUAN KEPADA 4,353 PENERIMA DUN MACHAP

  #Kluang – Seramai 4,353 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap menerima inisiatif bantuan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM800,000 merangkumi golongan ibu tunggal, pelajar sekolah, penggiat seni usia emas serta 18 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).   Inisiatif tersebut meliputi Bantuan Kasih Johor (BKJ) terdiri daripada Insentif Pesona Ibu Tunggal Johor, Program ‘Back […]