JS-SEZ PEMANGKIN EKONOMI JOHOR

  Lawatan kerja Kerajaan Johor ke Shenzhen pada bulan Mac lalu bukan sahaja mencerminkan komitmen dan keseriusan Kerajaan Negeri menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) malah membuka peluang mempelajari rahsia kejayaan transformasi bandar metropolis berkenaan daripada perkampungan nelayan menjadi antara nadi ekonomi utama China dalam tempoh empat dekad.   Menerusi lawatan kerja selama lima hari […]

ANGKAT TITAH PEMANGKU SULTAN JOHOR SEBAGAI AGENDA BESAR

  Dewan Negeri Johor merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ketika merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15, Khamis lalu.   Titah sulung yang menyentuh soal kecukupan makanan, membasmi miskin tegar, pendidikan berkualiti, pembangunan belia, Zon Ekonomi Khas dan […]

PULAU KUKUP KEMBALI DIBUKA 17 MEI INI

  Salah satu destinasi ekopelancongan unggul di negeri ini, Taman Negara Johor Pulau Kukup yang ditutup sejak November 2021 akan dibuka semula kepada pengunjung terutama pencinta alam sekitar pada 17 Mei sekali gus kembali merancakkan lagi industri pelancongan daerah Pontian dan kegiatan ekonomi setempat.   Sebagai permulaan, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) mengehadkan kemasukan hanya […]

AMBIL BAHAGIAN BERSAMA BANGUNKAN EKONOMI JOHOR

  Golongan usahawan diseru mengambil bahagian dan bersedia merebut peluang daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang mampu menjadi lonjakan dan katalis kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Johor pada masa akan datang.   Selain menyumbang kepada negeri, usahawan menerusi persatuan masing-masing digalakkan memainkan peranan terhadap pembangunan keusahawanan khusus memperkasa usahawan muda untuk berdaya maju […]

KERAJAAN JOHOR SEDIA TINGKAT KUALITI PENDIDIKAN

  Kerajaan Negeri menyahut titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor agar Johor menjadi negeri pertama mengubah dan memperbaharui silibus mata pelajaran di sekolah sekiranya tidak dapat dilaksanakan di peringkat nasional demi melahirkan generasi masa hadapan yang berdaya saing.   Selain menjunjung kasih keprihatinan Baginda terhadap pendidikan berkualiti kepada Bangsa Johor, Kerajaan Negeri menzahirkan […]

PERKUKUH STATUS JOHOR SEBAGAI DESTINASI PILIHAN PELANCONGAN

  Keseriusan Kerajaan Negeri menggerakkan usaha bersama pemain industri bagi merealisasikan Johor sebagai destinasi pilihan pelancongan bernilai tinggi dan bertaraf antarabangsa menjelang Tahun Melawat Johor 2026 adalah tepat pada masanya.   Kumpulan Penyelidik Perancang Pelancongan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai Tpr. Dr. Norhazliza Abdul Halim melihat perancangan ke arah itu telah diterjemah sebaik sahaja YAB […]

AIDILFITRI PERERAT UKHUWAH PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR

  Semangat dedikasi dan integriti serta disusuli ikatan setiakawan berjaya menghimpunkan ‘Keluarga JCS’ dalam Majlis Jalinan Adilfitri YB Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bersama Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor 2024 di Kediaman Rasmi SUK.   Majlis yang dihoskan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani itu turut juga berjaya menghimpunkan generasi lama dan […]

PDT TERUS KONGSI REZEKI

  Mengambil keberkatan Syawal, Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd (PDT) terus komited melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.   Keprihatinan syarikat pemegang pelaburan negeri itu disifatkan YB Dato’ Ramlee A. Rahman, Ketua Eksekutif PDT sebagai sentuhan kasih dengan berkongsi sebahagian daripada laba ekonomi yang telah diamanahkan oleh Kerajaan […]

PELABURAN DIALOG GROUP PACU EKONOMI JOHOR

  Kedudukan strategik Pengerang terletak di laluan kapal antarabangsa selain permintaan kukuh terhadap ruang penyimpanan minyak menjadikan syarikat terkemuka berkaitan minyak dan gas serta petrokimia, DIALOG Group Berhad (DIALOG) kekal utuh bertapak di Negeri Johor, sejak tahun 2009.   Mula bertapak di Tanjung Langsat, DIALOG mengorak langkah melebarkan sayap ke Pengerang yang berhampiran dengan negara […]

SAFIQ RAHIM PULA DISERANG

  Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meluahkan kebimbangan apabila pemainnya Safiq Rahim menjadi mangsa serangan terbaharu membabitkan pemain bola sepak di negara ini.   Ia berikutan kereta milik pemain tengah berpengalaman dan prolifik itu mengalami kerosakan akibat perbuatan khianat daripada individu tidak dikenali berhampiran Pusat Latihan JDT, malam tadi.   Justeru, Alistair Edwards, Ketua […]