Tag Archive for: johor

JDT ‘BERJIMAT’ DEMI MASA HADAPAN

  Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melakukan transformasi berskala besar menjelang musim 2024 dan 2025. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, beberapa perubahan bakal dilakukan membabitkan kakitangan termasuk pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab. Beliau juga memaklumkan Harimau Selatan perlu membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang. Langkah […]

KEJAYAAN JDT JADI MOTIVASI GADIS KRIKET JOHOR

Pasukan kriket Wanita Johor B19 melakar kejayaan bersejarah apabila muncul juara pertama dalam Kejohanan Kriket Malaysia B19 Antara Negeri yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor, baru-baru ini. Lebih manis, kejayaan pasukan kriket terbabit hadir selepas mendapat suntikan semangat dan inspirasi daripada kejayaan luar biasa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam memenangi […]

JOHOR SEDIA ANJUR ACARA SUKAN ANTARABANGSA TAHUN 2024

  Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) sudah memiliki perancangan tersendiri untuk menyahut hasrat Kerajaan Negeri bagi menganjurkan acara bertaraf antarabangsa sepanjang tahun hadapan.   Pengarahnya, Ts. Ekmaluddin Ishak memaklumkan acara berbasikal dan larian merupakan antara jenis sukan bakal dianjurkan dengan penyertaan dari dalam dan luar negara.   Beliau percaya penganjuran sukan antarabangsa berupaya mengangkat Johor […]

ACL 2023: ARIF AIMAN MAHU BERI KOMITMEN 100 PERATUS

  Bintang sensasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi tekad untuk membantu pasukannya meraih tiga mata pada aksi terakhir kempen Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 menentang BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang ini.   Disebalik persembahan konsisten dipamerkan oleh Arif Aiman pada musim ini, beliau […]

MENTALITI MENANG JDT KINI JADI INSPIRASI KEPADA SEMUA SUKAN DI JOHOR

Siapa sangka dalam tempoh 10 tahun, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya melakar rekod bersejarah sebagai satu-satunya pasukan di Malaysia yang memenangi kesemua piala domestik selama dua tahun berturut-turut. Kepimpinan dan kewibawaan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang sentiasa menerapkan mentaliti menang kepada setiap barisan pengurusan dan pemain ternyata menjadi […]

KOLEKSI ANTIK SEJARAH JOHOR

  Oleh Farhanah Haziqah Noh   Siapa sangka dengan hanya sekadar hobi dan semangat cintakan negerinya menyebabkan seorang anak kelahiran Pengerang, Kota Tinggi, Johor akhirnya berjaya membuka galeri sejarah yang memaparkan pelbagai artifak berkaitan sejarah Johor.   Pemilik Galeri Sejarah Johor, Fariz Johari, memberitahu galeri terbabit menyimpan pelbagai koleksi artifak seperti wang syiling lama, senjata […]

JOHOR IKTIRAF CHINA SEBAGAI RAKAN DAGANG KEDUA TERBESAR

  China terus berperanan sebagai penyumbang besar pelaburan negeri ini, dengan merekodkan RM51.43 bilion pada suku ketiga tahun 2023 sekali gus menjadikan negara tersebut rakan dagang kedua terbesar selepas Singapura.   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han memaklumkan sejak pelancaran Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Johor menerima pelaburan […]

GELARAN ‘DOUBLE TREBLE’ MENANTI JDT

  Selepas sedekad dibawah naungan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di landasan terbaik untuk memburu piala seterusnya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 edisi ke-97 sekali gus akan mencatatkan satu lagi pencapaian menakjubkan iaitu gelaran ‘double treble’.   Impian besar ini hadir selepas […]

MENTERI BESAR LAWAT MANGSA BANJIR

  Susulan kejadian banjir melanda sekitar Parlimen Tebrau yang menjejaskan beberapa kawasan, Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi menyeru kepada rakyat terutama mendiami kawasan berisiko tinggi agar sentiasa berada dalam keadaan waspada.   Beliau turut memohon kepada rakyat di kawasan tersebut supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan peka dengan segala maklumat mahupun arahan yang diberikan […]

JDT TUMBANG DI PENTAS BOLA SEPAK TERTINGGI ASIA

  Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur apabila tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale dari Jepun untuk aksi kelima Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023. Kekalahan tersebut menyebabkan laluan JDT ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) agak berliku apabila skuad Harimau Selatan kekal berada di tangga ketiga Kumpulan I dengan […]