Tag Archive for: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

MBJB KOMITED BANTERAS ISU ANJING LIAR

  #JohorBahru – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Social Hero Foundation (SHF) dan Vet Partners Malaysia terus komited dalam melaksanakan program kembiri anjing liar, sekali gus dapat memastikan kaedah pengurusan ini lebih teratur khususnya di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.   Sebanyak 200 ekor anjing liar telah ditangkap di beberapa kawasan […]

MBJB ANJUR BENGKEL TINGKAT PENGETAHUAN, KEMAHIRAN SENI MUZIK

  Bengkel Didik Seni dan Karya Kreatif anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) siri 1 berlangsung di Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) Johor Bahru pada 17 Februari lalu, berjaya menarik minat warga bandar raya termasuk golongan muda mengekspresikan minat dalam seni muzik dan kreatif.   Bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang, bengkel dengan […]

MBJB BEKU PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN BERISIKO TINGGI ATAU SENSITIF

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memutuskan untuk membekukan semua permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi dan sensitif di kawasan pentadbirannya berkuat kuasa semalam, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan pada 17 Januari lalu.   YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB memaklumkan tindakan pembekuan permohonan terbabit melibatkan aktiviti atau jenis perniagaan antaranya spa, rawatan atau […]

MBJB CATAT RM524.09 JUTA KUTIPAN HASIL TAHUN 2023

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berjaya mencatatkan jumlah kutipan hasil sebanyak RM524.09 juta pada tahun lalu, iaitu meningkat 23.3 peratus berbanding tahun 2022.   YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB dalam Mesyuarat Penuh MBJB Bil. 1/2024 memaklumkan jumlah berkenaan melibatkan hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.   Selain itu, […]

KERJASAMA STRATEGIK MBJB, OCBC JAYAKAN JB CAR-FREE MORNING

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sentiasa menyokong aspirasi Kerajaan Negeri dengan melaksanakan program ‘JB Car Free Morning’ pada hari Sabtu kedua setiap bulan sebagai kesinambungan dalam menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya yang mampan, hijau dan rendah karbon.   Program yang akan dilaksanakan dengan usaha sama dari OCBC Bank Berhad itu bakal berlangsung […]

PENDIGITALAN SEPENUHNYA PARKIR KAWASAN MBJB

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menaik taraf dan menjenamakan semula aplikasi MBJB Spot V2 kepada MBJB Spot bagi merealisasikan pendigitalan sepenuhnya bayaran parkir di kawasan pentadbirannya.   Penaik tarafan dan penjemaan semula aplikasi berkenaan sekali gus menamatkan perkhidmatan bayaran kupon parkir hibrid yang ditawarkan sejak tahun 2016. Melalui pelan transformasi pendigitalan parkir itu, penggunaan […]

SEMUA UNIT MBJB DALAM MOD BERSEDIA

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah mengarahkan semua unit terlibat berada dalam mod bersedia bagi menghadapi kejadian banjir di kawasan bandar raya Johor Bahru.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan pihaknya telah bersedia dari segi kekuatan anggota dan logistik bagi melaksanakan tindakan segera serta bantuan pengalihan jika perlu.   Semua kontraktor […]

MBJB LANCAR PUSAT KAWALAN BERSEPADU PERTAMA DI JOHOR

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini melancarkan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Johor Bahru (JBIOCC) sebagai langkah berterusan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan pemantauan di kawasan pentadbirannya.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan pelancaran JBIOCC mencermin dan memperkukuh peranan MBJB sebagai organisasi yang sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dengan mengambil […]

SERDANG ANGELS PERTAHANKAN KEJUARAAN JOHOR 7s 2023

  Serdang Angels merangkul kejuaraan Johor Sevens (7s) 2023 selepas menewaskan SUKMA Johor 24 (SJ24) dengan keputusan 19-0 dalam perlawanan di Stadium Ragbi Johor, Kompleks Sukan Mount Austin, semalam.   Kejayaan kategori Kelab Lelaki Terbuka tersebut menyaksikan Serdang Angels kendalian Khairizal Ali Amat merangkul kejuaraan Johor 7s buat kali kelima berturut-turut. Lebih manis, pemain Serdang […]

1,200 PELARI MERIAHKAN ‘PINKTOBER RUN JB 2023’

  Lebih 1,200 pelari menyertai ‘Pinktober Run JB 2023’ di Dataran Bandaraya Johor Bahru baru-baru ini, sempena bulan kesedaran kanser payudara kebangsaan disambut pada bulan Oktober setiap tahun.   Program bersekali dengan ‘JB Neon Recreational Night’ itu merupakan kolaborasi Yayasan Johor Corporation (JCorp), Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Co:action […]