MBJB IMPLEMENTASI KIOSK BACAAN KOMUNITI

  ISKANDAR PUTERI — Orang ramai kini berpeluang untuk menambah ilmu dengan mudah apabila Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil inisiatif melancarkan Kiosk Bacaan Komuniti Pintar.   Kiosk terbabit yang bercirikan perpustakaan terbuka atau ‘little free library’ ini adalah inisiatif terbaharu MBJB yang menerapkan konsep baharu di mana sudut bacaan akan diwujudkan di lokasi tumpuan […]

KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

  JOHOR BAHRU — Semua penduduk setempat khususnya penghuni perumahan strata perlu mempunyai sifat tanggungjawab sosial demi kesejahteraan secara bersama.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata ia termasuklah tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan perumahan dan kejiranan masing-masing.   Katanya, paling penting penduduk juga perlu mempunyai rasa kebertanggungjawaban […]

RANCANGAN TEBATAN BANJIR DI SEGAMAT DILAKSANA JUN DEPAN

  ISKANDAR PUTERI –– Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah Segamat bakal dilaksanakan pada bulan depan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan terbabit.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata projek bernilai RM648 juta yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu akan mengambil tempoh kira-kira dua tahun untuk disiapkan.   “Alhamdulillah, fasa […]

EXCO KERAJAAN JOHOR TEGUR PERBUATAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA

  ISKANDAR PUTERI — Perbuatan tidak bermoral masyarakat membuang sampah di Jalan Kampung Bintang Lama, dekat Batu Pahat, mendapat perhatian Exco Kerajaan Johor.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid meluahkan rasa kesal terhadap perkara itu menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya.   “Lihat, pihak berkuasa dah tutup dan […]

KEADAAN LALUAN BSI, KSAB SEMAKIN BAIK : MENTERI BESAR JOHOR

ISKANDAR PUTERI — Keadaan laluan di pintu sempadan negara di negeri ini, semakin baik, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Perkara itu dimaklumkan berdasarkan lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), semalam.   Beliau merakam penghargaan kepada pihak-pihak berkaitan atas komitmen […]

KERAJAAN JOHOR PANTAU FENOMENA CUACA PANAS

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Negeri Johor akan memantau keadaan cuaca semasa berikutan fenomena cuaca panas melanda negara ketika ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar, berkata Kerajaan Negeri berada di dalam keadaan bersedia susulan amaran cuaca panas tahap satu yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) […]

JARINGAN JALAN RAYA DI JOHOR SEDANG DIBAIK PULIH

  ISKANDAR PUTERI — Lebih 20 lokasi jalan rosak di seluruh Negeri Johor sedang menjalani proses pembaikan dan penyelenggaraan.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata terdapat 11 lokasi bakal dinaik taraf dan 13 lagi bakal selesai kerja-kerja baik pulih demi keselesaan pengguna.   ”Kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan yang sedang dilaksanakan meliputi Kawasan […]

JOHOR BINCANG TEROKA PASARAN KEMBOJA

  ISKANDAR PUTERI — Pertemuan EXCO Kerajaan Johor, Mohd Hairi Mad Shah bersama Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh, membuka ruang perbincangan mengenai portfolio di bawahnya.   Pelbagai perkara dibincangkan bersama berkaitan hubungan dua hala antara Johor dengan Phnom Penh melibatkan soal belia, sukan, pembangunan […]

151 PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK BERLESEN DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 151 pusat jagaan kanak-kanak di Johor telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor sehingga tahun ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail, berkata Kerajaan Negeri menerusi JKM Negeri Johor sentiasa komited memastikan pusat jagaan beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan di dalam […]

AKTIVITI PENCEROBOHAN TANAH RIZAB SUMBANG PENCEMARAN SUNGAI SKUDAI

  JOHOR BAHRU — Aktiviti pencerobohan tanah rizab yang berlaku di sekitar persisiran sungai secara haram menjadi antara penyumbang kepada masalah pencemaran yang serius di Sungai Skudai di sini.   Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor Bharu, Saharudin Abd Samad, berkata pencerobohan seperti pembinaan rumah-rumah haram dan pencerobohan pokok termasuk pembalakan haram memberi […]