KERJASAMA ERAT TANGANI KESESAKAN DI TAMBAK JOHOR

  Kerajaan Negeri menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kerjasama erat bagi bersama menangani isu kesesakan pintu sempadan negara iaitu Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) demi melancarkan pergerakan dua hala melibatkan Johor-Singapura.   Penghargaan tersebut diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof bersama pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan susulan komitmen […]

JOHOR BERSIH : KERAJAAN NEGERI SEDIA PERUNTUKAN KEPADA 667 KAMPUNG

  ILTIZAM menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 sama sekali tidak akan mengabaikan aspek kebersihan persekitaran dan program Johor Bersih diperkenalkan pada tahun lalu, diperluaskan ke kawasan luar bandar termasuk di 667 buah kampung seluruh negeri ini.   “Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1,000 kepada 667 buah kampung seluruh negeri bersamaan […]

SITUASI JEREBU DI JOHOR TERKAWAL

  JABATAN Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor memaklumkan keadaan jerebu di negeri ini, berada dalam keadaan terkawal berikutan tiupan arah angin yang tidak menghala ke Negeri Johor.   Pengarah JAS Negeri Johor, Dr. Mohd Famey Yusoff memaklumkan situasi jerebu telah menunjukkan trend penurunan pada hari ini, memandangkan hanya satu stesen pengawasan kualiti udara automatik iaitu […]

MBPG MAHU MENJAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT

  Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) hari ini, tampil memberikan penjelasan berhubung isu larangan meletakkan kenderaan di hadapan rumah yang telah berlakunya salah faham di media dan kalangan masyarakat.   Datuk Bandar MBPG, Dato’ Asman Shah Abd Rahman memberitahu notis pemberitahuan berkaitan sebelum ini, hanyalah memo dalaman dan masih di peringkat fasa perbincangan serta belum […]

PARKIR DEPAN RUMAH TIDAK AKAN DISAMAN : EXCO KERAJAAN JOHOR

  Telah berlakunya sebaran maklumat tidak tepat sehingga menimbulkan salah faham berhubung memo dan notis pemberitahuan daripada Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) mengenai isu meletakkan kenderaan di luar pagar rumah yang menjadi polemik baru-baru ini.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor memberitahu banyak pihak telah keliru mengenai isu berkenaan […]

MENTERI BESAR KONGSI 3 PENGAJARAN BERHARGA KEPADA BELIA

  Persidangan Belia Antarabangasa Johor (JIYC) anjuran Institut Dato’ Onn (IDO) berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menjadi platform merangsang pemikiran dan berkongsi idea dalam mencetuskan perubahan yang akan memacu negara ke arah masa depan yang sejahtera.   Dengan bertemakan ‘Memangkinkan Perubahan : Kepimpinan Belia dan Perubahan Mampan, persidangan dihadiri lebih 500 Orang Muda […]

JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR GARISKAN USAHA TINGKAT HASIL PADI

  KERAJAAN Johor sememangnya memiliki perancangan menjadikan kawasan tanaman padi sedia ada di negeri ini, sebagai tumpuan dalam meningkatkan hasil pengeluaran selain mewujudkan kawasan sawah baharu bagi menjayakan agenda Periuk Nasi Selatan agar dapat menyumbang kepada kestabilan sekuriti makanan untuk tempoh jangka masa panjang.   Bagi menyokong agenda tersebut, Jabatan Pertanian Negeri Johor menggariskan lima […]

STESEN ‘SUPERCHARGER’ TESLA KINI DI JOHOR

  NEGERI Johor menjadi lokasi kedua rangkaian stesen ‘Supercharger’ Tesla selepas Pavilion, Kuala Lumpur bagi pemilik kenderaan elektrik (EV) tersebut menikmati pengalaman pengecasan yang pantas dan lancar.   Terletak di lokasi strategik menghubungkan Malaysia dan Singapura iaitu Sunway Big Box, Iskandar Puteri, stesen itu menyediakan empat pengecas yang berupaya mengecas kenderaan Model Y keluaran Tesla […]

PENGUMUMAN MENARIK DALAM BAJET 23 NOVEMBER INI: MB

  Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini memberi bayangan ada pengumuman menarik akan dibuat dalam Belanjawan Johor 2024 yang dibentangkan pada bulan hadapan.   Beliau meminta semua pihak supaya menunggu dan mengikuti pengumuman yang akan dibuat dalam pembentangan belanjawan negeri tahun hadapan, dijangka pada 23 November ini.   “Akan ada beberapa perkara menarik, […]

PESAWAH, PENGILANG SAMBUT BAIK CADANGAN MENTERI BESAR

  KESEDIAAN Johor menawarkan tanah untuk mengusahakan kawasan penanaman padi sekali gus membantu kerajaan dalam usaha menangani isu kekurangan bekalan beras disambut positif.   Bagi Abdul Rahim Husin, 56, memberitahu negeri ini mempunyai potensi bagi meningkatkan hasil tuaian padi dan usaha tersebut sememangnya memerlukan kawasan penanaman baharu.   “Selain kawasan baharu, peruntukan secukupnya untuk menaik […]