Tag Archive for: Johor Bahru

GENERASI MUDA PEWARIS KEUTUHAN PERPADUAN NEGARA

  Generasi muda di negara ini perlu menghayati dan menghargai pengorbanan serta perjuangan generasi terdahulu dalam memperjuangkan keamanan dan keharmonian yang diwarisi selama ini.   Justeru, segala yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Johor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang dinamik tidak akan bermakna jika nikmat pembangunan yang bakal dirasai tidak disertai […]

EMPAT DEKAD TAWAN SELERA PELANGGAN

  Sekiranya datang ke Johor Bahru, jangan lupa untuk menikmati Martabak Singapura terletak di Jalan Kolam Air, Taman Nong Chik yang pastinya menggamit selera anda.   Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa martabak ini sudah empat dekad bertapak di negeri ini, di mana segalanya bermula di Muar pada 1 Disember 1983 dan seterusnya di Sungai […]

KACANG POOL SATUKAN RAKYAT MALAYSIA

  Sebut sahaja kacang pool, pasti terliur dengan keenakan sajian terkenal roti paun atau roti perancis cecah dengan kuah kacang parang berserta daging kisar yang dilengkapkan telur goreng.   Bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat negeri ini khususnya sekitar bandar raya Johor Bahru, tetapi menjadi hidangan pasti cuba kepada mereka dari luar negeri dan negara. […]

HAB HSR FOREST CITY PERKASA JS-SEZ DAN SFZ

  Langkah mewujudkan hab atau stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Forest City bakal menjadikan kawasan pembangunan tersebut sebagai hab ekonomi selatan Malaysia sekali gus memperkasa inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ).   Impak kepada pembinaan HSR perlu dilihat dalam tempoh jangka masa panjang kepada negara ini, […]

INI SEBAB JOHOR PILIH ART

  Berikutan kos dan tempoh pembangunan yang mampu disiapkan pada akhir Disember 2026 menjadi faktor utama mengapa Kerajaan Johor memilih cadangan pembinaan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) bertingkat berbanding Transit Aliran Ringan (LRT) bagi membantu mengatasi kesesakan di bandar raya Johor Bahru.   Sistem ART bertingkat apabila siap kelak bukan sahaja akan melengkapkan sistem pengangkutan […]

AMBIL BAHAGIAN BERSAMA BANGUNKAN EKONOMI JOHOR

  Golongan usahawan diseru mengambil bahagian dan bersedia merebut peluang daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang mampu menjadi lonjakan dan katalis kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Johor pada masa akan datang.   Selain menyumbang kepada negeri, usahawan menerusi persatuan masing-masing digalakkan memainkan peranan terhadap pembangunan keusahawanan khusus memperkasa usahawan muda untuk berdaya maju […]

16,000 TETAMU MERIAHKAN JELAJAH ASPIRASI ORANG MUDA JOHOR @ JOHOR BAHRU

  Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Johor Bahru menampilkan kelainan tersendiri apabila diadakan dalam suasana kemeriahan Syawal dan dianjurkan bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Larkin.   Lebih 16,000 tetamu terdiri golongan belia mewakili sukarelawan Southern Volunteers dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri ini, menyemarakkan jelajah yang memasuki siri ketiga […]

PARKIR DI TOPPEN, JALAN-JALAN GUNA MyBAS

  Usaha untuk mengurangkan masalah kesesakan trafik di bandar raya Johor Bahru sememangnya bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata kerana ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak.   Peka dan prihatin terhadap masalah ini, pengendali rangkaian perkhidmatan bas henti-henti MyBAS Johor Bahru, Handal Indah Sdn Bhd dan pusat membeli belah Toppen mengambil inisiatif memperkenalkan ‘Toppen […]

AIR KATHIRA ABU BAKAR, SETAHUN SEKALI BERSUA

“Siang terbayang, malam merindu” itulah ‘tagline’ yang diberikan oleh pelanggan setia Air Kathira Abu Bakar yang sangat sinonim dengan Bangsa Johor setiap kali tibanya Ramadan.   Menurut Radiah Abu Bakar, 51, yang juga penyambung warisan Air Kathira Abu Bakar memberitahu ramuan minuman lazat ini dipelajari bapanya, Allahyarham Abu Bakar Mohammed Eusoff Al Pichir di Pakistan. […]

SEMANGAT AZIB ZAFRAN GAMATKAN KOMPLEKS SUKAN EDUCITY

Semangat juang yang tinggi dan membanggakan. Itu yang ditonjolkan oleh Peninju Johor, Azib Zafran Zolkarnain apabila muncul juara Light Middle (71 kilogram) Kejohanan Golden Gloves Championship 2024 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, malam tadi.   Kemenangan epik Azib Zafran bukan sesuatu yang mudah apabila menerima tentangan sengit daripada Peninju Singapura, Aadhi Prahnvh sejak seawal […]