Tag Archive for: kesihatan

PERTAMBAHAN PAKAR, PERALATAN MODEN TINGKAT KECEKAPAN PEMBEDAHAN UROLOGI

  #IskandarPuteri – Sebanyak 45 pembedahan urologi berjaya dilaksanakan dalam tempoh enam hari berturut-turut oleh Pasukan Pakar Urologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, sekali gus mencatat satu pencapaian yang membanggakan dalam usaha mengurangkan senarai menunggu pesakit yang memerlukan rawatan penyakit membuang batu karang.   Kejayaan tersebut merupakan hasil koordinasi rapi antara pasukan Urologi HSA, […]

JOHOR BENTANG BELANJAWAN BERJUMLAH RM2.5 BILION, CATAT LEBIHAN RM4.45 JUTA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2026 dengan hasil negeri diunjurkan mencecah RM2.55 bilion, sekali gus menjadi jumlah tertinggi dalam sejarah negeri dan secara tidak langsung menandakan keupayaan fiskal yang kukuh serta pengurusan kewangan yang berhemah.   Belanjawan kali ini yang bertemakan ‘Bangsa Johor Sejahtera’ dibentangkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz […]

BELANJAWAN JOHOR 2026 DIJANGKA KEKAL BERHEMAH

  #IskandarPuteri – Johor dilihat akan terus berada pada landasan kukuh untuk membentangkan Belanjawan Johor 2026 yang lebih berhemah, berfokus dan berpaksikan rakyat susulan rekod kewangan negeri yang stabil serta kemampuannya dalam mengekalkan status ‘surplus’ atau lebihan dalam belanjawan sebelum ini.   Menurut Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Fahmy Abdullah, Pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi dan […]

IKSA SUMBANG MESIN KARDIOGRAFI KEPADA HOSPITAL SULTANAH AMINAH

  #JohorBahru – Firma guaman Ikbal Salam & Associates (IKSA) menyumbangkan mesin ekokardiografi bernilai RM299,000 kepada wad kardiotorasik Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.   Sumbangan untuk wad yang kini beroperasi sementara di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru itu menterjemahkan komitmen terhadap usaha bersama memperkukuh perkhidmatan kesihatan di negeri ini.   Selain itu, sumbangan […]

KLINIK KESIHATAN GELANG PATAH KINI LEBIH SELESA

  #IskandarPuteri – Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah kini melalui transformasi ketara hasil usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan perkhidmatan kesihatan lebih selesa dan efisien demi kebajikan serta keselesaan petugas mahupun pelawat.   Antara perubahan signifikan fasiliti kesihatan terbabit adalah ruang menunggu dan sistem nombor giliran lebih teratur serta kondusif berbanding terpaksa menunggu di bawah […]

HARGAI PENGORBANAN WARGA KESIHATAN

  Sentiasa berkorban masa dan tenaga demi kesejahteraan Bangsa Johor. Itulah yang telah dilakukan oleh warga kerja kesihatan terutama kumpulan jururawat sebagai tulang belakang kepada kelancaran penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan di negeri ini.   Pengorbanan yang dicurahkan sentiasa diiktiraf dan amat dihargai oleh Kerajaan Negeri terutama menerusi Belanjawan Johor 2024 apabila sebanyak RM2.3 juta telah […]

TERUSKAN AKTIVITI MUSNAH TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

  Sebanyak 242 kes demam denggi telah dilaporkan pada minggu Epid ke-43/2023 yang menyaksikan peningkatan 15.8 peratus berbanding minggu sebelumnya.   Daripada jumlah tersebut, daerah Johor Bahru menyumbang sebanyak 193 kes diikuti Kulai (20), Kota Tinggi (7), Kluang dan Segamat (5), Muar dan Batu Pahat (4), Pontian (3) dan Tangkak (1) manakala tiada kes dilaporkan […]

KERAJAAN NEGERI USAHA KURANGKAN TEMPOH MENUNGGU DI HKT

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor akan menumpukan usaha mengurangkan tempoh menunggu di Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Kota Tinggi (HKT).   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata beliau juga dimaklumkan oleh wakil rakyat setempat yang menerima aduan berhubung isu bahagian kecemasan hospital berkenaan diberi perhatian supaya tempoh masa […]

KKM SASAR PENINGKATAN PENDERMAAN DARAH MENJELANG 2030

JOHOR BAHRU — Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Perkhidmatan Perubatan Transfusi Kebangsaan menyasarkan peningkatan kadar pendermaan darah antara 35 hingga 40 penderma bagi 1,000 orang penduduk menjelang tahun 2030.   Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sasaran berkenaan untuk memenuhi keperluan perawatan pesakit seiring dengan kadar pertumbuhan tahunan penduduk di negara ini. […]

KERAJAAN JOHOR BINCANG PEMBINAAN HSA2 DENGAN MENTERI KESIHATAN AHAD INI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan mengenai pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) bersama Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa yang dijadualkan ke Johor pada Ahad ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembinaan hospital baharu yang disifatkan sebagai sangat diperlukan itu diharapkan dapat diselesaikan pada kadar segera.   “Johor […]