Tag Archive for: Onn Hafiz Ghazi

PELABURAN ATB-VTTI RANCAK EKONOMI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam, menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Tangki Simpanan Bitumen Fasa 3, di Tanjung Bin, Serkat, Pontian.   Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Duta Kerajaan Belanda ke Malaysia, Jacques Werner.   Onn Hafiz berkata, ATT Tanjung Bin Sdn Bhd (ATB) memperuntukan RM260 juta […]

KERAJAAN JOHOR DIDEDAHKAN CARA SINGAPURA URUS SUNGAI, BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Lawatan kerja rasmi Menteri Besar Johor ke Singapura, membuka peluang kepada delegasi kerajaan negeri menerima pendedahan berhubung mekanisme negara jiran menguruskan sungai dan bencana banjir.   Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau berkesempatan belajar dengan lebih mendalam cara Singapura membersihkan sungai-sungainya dan langkah mitigasi banjir yang terancang.   “Saya mendengar taklimat […]

PROJEK RTS KEUTAMAAN MALAYSIA-SINGAPURA

  ISKANDAR PUTERI — Pelbagai perkara melibatkan jajaran lintas sempadan antara Johor Bahru dan Singapura dibincangkan dalam pertemuan Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran.   Menteri Besar Johor berkata, beliau bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan Singapura itu bersetuju projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru – Singapura merupakan keutamaan bagi […]

SMF AKAN KUNJUNGI JOHOR LIHAT POTENSI PELABURAN

  ISKANDAR PUTERI — Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) akan mengadakan misi untuk melawat Johor dalam masa terdekat.   Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi susulan sesi dialog dan perbincangan bersama SMF diketuai Presidennya, Lennon Tan.   Onn Hafiz berkata, lawatan SMF itu bertujuan melihat sendiri potensi pelaburan yang ada di […]

EMPAT PERKARA DIBINCANGKAN BERSAMA MENTERI SINGAPURA

  ISKANDAR PUTERI — Empat perkara penting dibincangkan melibatkan kerjasama Johor dan Singapura dalam pertemuan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Menteri Kemampanan dan Sekitaran Singapura, Grace Fu Hai Yien.   Onn Hafiz berkata, empat perkara tersebut adalah kredit karbon, keterjaminan makanan, kebersihan sungai dan mitigasi banjir.   “(Menteri) Grace Fu menyambut baik […]

JOHOR MAHU BEKERJASAMA DENGAN SINGAPURA HASIL BEKALAN MAKANAN

  ISKANDAR PUTERI — Keselamatan bekalan makanan antara agenda diberikan tumpuan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam lawatan kerja rasmi ke Singapura.   Beliau memberitahu telah mendengar taklimat daripada Agensi Makanan Singapura (SFA) berkenaan inisiatif Keselamatan Makanan Singapura serta syarikat penghasil makanan, Archisen.   “Isu keselamatan bekalan makanan merupakan antara […]

FOKUS TINGKAT HUBUNGAN JOHOR-SINGAPURA

  ISKANDAR PUTERI — Lawatan rasmi selama tiga hari ke Singapura menjadi platform kepada Kerajaan Johor bagi meningkatkan hubungan baik antara negara republik tersebut bersama negeri ini.   Mengetuai delegasi Kerajaan Johor ke negara jiran bermula semalam, adalah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Onn Hafiz berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan beberapa […]

USAHA MENINGKATKAN SYIAR ISLAM JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya, hari ini.   Beliau yang mengetuai delegasi Kerajaan Johor telah bermesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar.   Menurutnya, […]

SINERGI KERAJAAN JOHOR – UTM TERUS DIPERKUKUHKAN

  ISKANDAR PUTERI — Jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus diperkukuhkan di bawah pentadbiran Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Beliau memaklumkan telah mengadakan pertemuan bersama delegasi universiti awam tersebut diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Azman Mokhtar dan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. […]

MENTERI BESAR JOHOR LAWAT SEKOLAH, TINJAU KEMUDAHAN

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini, mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah bagi meninjau keadaan dan kemudahan di sekolah yang dikunjungi.   Sekolah yang dilawati adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) St. Joseph, Sekolah Kebangsaan (SK) St. Joseph, SK (P) Bandar Tinggi dan Sekolah Pendidikan Khas Nur Azalea. […]