Entries by Mohd Firdaus Yon

JOHOR LAKAR SEJARAH BERGELAR JUARA KALI PERTAMA

  ISKANDAR PUTERI – Pasukan sepak takraw Johor melakar sejarah selepas menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari, buat julung kalinya, semalam. Johor berjaya menewaskan pasukan sepak takraw ATM dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut sekali gus membawa pulang RM30,000 berserta trofi kemenangan. Berkongsi kejayaan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber […]

KONSISTEN MENJADIKAN JOHOR SEBAGAI ‘FAIR STATE’

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri konsisten untuk menjadikan Johor sebagai ‘A Fair State and Not A Welfare State’ Berucap dalam penggulungannya, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, menyedari kepentingan teras Kebajikan dan Wanita, kerajaan negeri telah bergerak sebagai satu pasukan. Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan lagi bekerja dalam ‘silos’ masing-masing. “Syukur alhamdulillah, […]

PELAPORAN KEMAJUAN DIKELUARKAN SETIAP 4 BULAN

  ISKANDAR PUTERI — Kad pelaporan kemajuan status pelaksanaan program dan projek Belanjawan Johor 2023 akan dikeluarkan setiap empat bulan. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ‘progress report card’ itu sebagai bukti komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dalam merealisasikan belanjawan negeri tahun hadapan itu. “Dalam konteks kita pada hari ini, adalah jelas bahawa […]

6 PERKARA DIBERI FOKUS DALAM AGENDA PERUMAHAN

  ISKANDAR PUTERI — Enam perkara akan diberikan fokus oleh kerajaan negeri bagi agenda perumahan seperti dibangkitkan dalam perbahasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara pertama adalah Rumah Mampu Milik Johor di mana kerajaan negeri mensasarkan pembinaan 21,139 unit dalam tempoh lima tahun. “Kedua, Program Perumahan […]

INISIATIF RANCAKKAN SEKTOR PERTANIAN BAGI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

  ISKANDAR PUTERI — Pelbagai inisiatif dan insentif akan disediakan bagi merancakkan lagi sektor pertanian dalam usaha meningkatkan produktiviti sejajar dengan usaha menjadikan Johor sebagai Food Basket kepada Malaysia dan Food Bank kepada negara serantau. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri mensasarkan peningkatan bagi lima tahun ke hadapan dengan pertambahan pengeluaran […]

KOMITED MENJADIKAN JOHOR DESTINASI PILIHAN UTAMA PELABUR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri terus berusaha memastikan Johor kekal menjadi destinasi pilihan utama pelabur menerusi pendekatan tadbir urus terbaik serta polisi mesra perniagaan dan pelabur. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri juga akan berusaha menarik lebih ramai pelabur berimpak tinggi terutama dalam bidang pembangunan pusat data, Revolusi Industri 4.0, […]

KERAJAAN JOHOR SETUJU MENAIKKAN ELAUN KETUA KAMPUNG, KETUA MASYARAKAT

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersetuju menaikkan elaun Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat sebanyak RM300 iaitu daripada RM900 kepada RM1,200 sebulan. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kenaikan tersebut sebagai menghargai kepimpinan dan peranan institusi akar umbi itu. “Disamping itu, kerajaan negeri juga berharap agar Kerajaan Persekutuan akan turut menyambut baik inisiatif […]

MENTERI BESAR JOHOR SERAH KEBIJAKSANAAN AHLI PARLIMEN

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyerahkan kepada kebijaksanaan Ahli-Ahli Parlimen dari Johor mengenai pembentukan kaukus melibatkan 24 ahli parlimen BN dan PH. Menurut beliau, ia merupakan tanggungjawab ahli-ahli parlimen untuk membawa suara hati Bangsa Johor ke Dewan Rakyat dan Kerajaan Persekutuan. “Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan […]

TIADA TUNGGAKAN BAYARAN ELAUN PEGAWAI MASJID, SURAU KARIAH

  ISKANDAR PUTERI — Pembayaran elaun kepada pegawai masjid dan surau kariah melibatkan imam, bilal dan noja di negeri ini, telah dilaksanakan sehingga bulan November lalu. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tiada tunggakan pembayaran berlaku kerana Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah menetapkan elaun tersebut dibayar […]

DEWAN NEGERI JOHOR LULUS BELANJAWAN JOHOR 2023

  ISKANDAR PUTERI — Dewan Negeri Johor, hari ini, sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2023 bertema ‘Maju Johor : Makmur Bersama Rakyat’. Belanjawan negeri tahun hadapan itu telah dibentangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 1 Disember lalu, sebelum dibahaskan selama lima hari oleh wakil rakyat DUN Johor. Dengan ditunjangi enam teras di mana […]