Artikel oleh Mohd Firdaus Yon

KERAJAAN JOHOR MENYUMBANGKAN RM776,380 BAGI KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA NEGERI JOHOR 2022

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyumbang RM776,380 kepada Kumpulan Wang Simpnan Pekerja (KWSP) bagi Program Kasih Suri Keluarga Malaysia Negeri Johor Tahun 2022. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, sumbangan tersebut akan memberi manfaat kepada 12,931 suri rumah peserta i-Suri berdaftar di bawah eKasih pada tahun ini. Menurutnya, […]

APRESIASI PENGIKTIRAFAN TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU-ROMPIN SEBAGAI ASEAN HERITAGE PARKS

  ISKANDAR PUTERI — Pengiktirafan Taman Negara Johor Endau-Rompin sebagai ASEAN Heritage Parks (AHP) Ke-51, baru-baru ini, menjadi kejayaan buat Kerajaan Johor dalam meningkatkan pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti. Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dalam satu kenyataan sempena Majlis Apresiasi Pengiktirafan Taman Negara Johor Endau-Rompin sebagai AHP, hari ini, memaklumkan pengiktirafan itu juga merupakan kejayaan kepada […]

KERAJAAN JOHOR UMUM CUTI GANTIAN 20 NOVEMBER INI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersetuju menggantikan Hari Kelepasan Am pada Jumaat, dengan cuti gantian pada 20 November ini. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cuti gantian itu dipersetujui setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Menurut beliau, cuti gantian itu juga sebagai tanda […]

KERAJAAN JOHOR, PR1MA BELA NASIB PEMBELI PROJEK ‘SAKIT’

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor berusaha melaksanakan koordinasi bersama Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bagi membela dan melindungi nasib 625 pembeli projek Residensi PR1MA Kota Tinggi. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, dengan komitmen tersebut, pembeli projek perumahan itu dijangka akan menerima kunci kediaman masing-masing sedikit masa […]

JARINGAN TUNGGAL ARIF AIMAN BANTU JDT TEWASKAN SABAH

  ISKANDAR PUTERI — Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan 1-0 ke atas Sabah FC dalam aksi Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2022 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, sebentar tadi. Skuad Harimau Selatan memecah kebuntuan hasil tandukan kencang penyerang prolifik, Bergson da Silva pada minit ke-23, namun jaringan tersebut dinafikan kerana pemain […]

USAHAWAN TANI SEGAMAT TERIMA MANFAAT PERKASA SEKTOR PERTANIAN

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan kepada 420 usahawan tani di daerah Segamat pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, peruntukan tersebut melibatkan pelbagai projek pembangunan. “Antara projek pembangunan yang terlibat adalah Projek Pembangunan Tanaman Jangka Panjang dan Pendek, Projek Pembangunan […]

6 PPS BEROPERASI TEMPATKAN MANGSA BANJIR 4 DAERAH

  ISKANDAR PUTERI — Enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan 85 keluarga terdiri 335 mangsa banjir di empat daerah di negeri ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 8 pagi tadi, daerah yang masih terjejas merupakan Tangkak, Segamat, Kluang dan Pontian. Segamat dengan dua PPS beroperasi untuk menempatkan 17 keluarga bersama 53 […]

TANGKAK DAERAH TERBARU DILANDA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 107 keluarga terdiri daripada 453 mangsa terjejas berikutan kejadian banjir melanda lima daerah di Negeri Johor. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu laporan setakat jam 2 petang tadi, memberitahu daerah yang terjejas adalah Segamat, Kulai, Kluang, Pontian dan Tangkak. Keseluruhan, sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka dan beroperasi […]

RM12.8 JUTA INSENTIF KEPADA PEKEBUN KECIL SEGAMAT TAHUN 2022

  ISKANDAR PUTERI — Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM12.8 juta bagi daerah Segamat pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, jumlah peruntukan itu adalah bagi insentif-insentif kepada pekebun-pekebun kecil RISDA. “Ianya meliputi Bantuan Tanam Semula Getah, Bantuan Aktiviti […]

ENAM PPS BEROPERASI SUSULAN BANJIR TIGA DAERAH

  ISKANDAR PUTERI — Tiga daerah di negeri ini, terjejas susulan kejadian banjir dan banjir kilat melibatkan keseluruhan enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu laporan setakat jam 8 pagi tadi, memaklumkan keseluruhan 63 keluarga terdiri 276 mangsa di tiga daerah tersebut terjejas. Daerah Segamat menunjukkan trend banjir yang tidak […]