Entries by Mohd Firdaus Yon

PAKEJ KESIHATAN ISTIMEWA KEPADA PEMBELI HARTANAH PERJIRANAN 13

  ISKANDAR PUTERI — Johor Land Berhad (JLand) menawarkan pakej kesihatan istimewa kepada bakal pembeli hartanah baharu di Perjiranan 13, Bandar Dato’ Onn menerusi perjanjian kerjasama dengan Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn (KPJBDOSH).   Pengarah Bertanggungjawab JLand, Zamri Yusof berkata, kerjasama itu melibatkan empat komponen utama iaitu penyediaan khidmat pemeriksaan kesihatan, penggunaan kemudahan eksklusif […]

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR TERUSKAN AKTIVITI ZIARAH RAMADAN

  Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor meneruskan aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan dengan meringankan beban dihadapi kakitangan memerlukan sempena Program Ziarah Ramadan Tahun 2023.   Lebih istimewa, program yang memasuki hari kedua turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.   Aktiviti bermula dengan bacaan […]

PROJEK KAWALAN KUALITI AIR SUNGAI SIAP MEI INI

  ISKANDAR PUTERI — Enam stesen telemetri sedang dibina dan dijangka siap pada Mei ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.   Menurutnya, kesemua stesen tersebut dibina di Sungai Sayong, Sungai Semanggar, Sungai Skudai, Sungai Benut dan Sungai Muar.   “Stesen telemetri ini bertujuan untuk […]

BUBUR LAMBUK OMJ@JOHOR BAHRU MERIAH

  JOHOR BAHRU — Program Bubur Lambuk Orang Muda Johor (OMJ) Johor Bahru di PPR Sri Stulang, di sini, berlangsung meriah dengan aktiviti gotong royong melibatkan agensi dan jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama masyarakat setempat.   Turut hadir menyerikan majlis adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, […]

ZIARAH RAMADAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

  Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor mengadakan program Ziarah Ramadan Tahun 2023, hari ini, yang telah diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.   Ziarah Ramadan diadakan bagi membantu meringankan beban kakitangan yang memerlukan khususnya ketika bulan Ramadan, selain mengeratkan lagi tali persaudaraan silaturrahim […]

HOSPITAL PAKAR KPJ JOHOR EDAR BUBUR LAMBUK SAYUR

  ISKANDAR PUTERI – Lebih 3,000 bungkusan bubur lambuk disediakan dalam Program Bubur Lambuk Kasih Ramadan KPJ Johor 2023, pada Khamis lalu.   Acara tahunan Hospital Pakar KPJ Johor pada setiap Ramadan diteruskan dengan kerjasama Kelab Media Johor dan SAJI Malaysia di lobi hospital.   Untuk penganjuran edisi kali ini, program menampil kelainan dengan mengetengahkan […]

PTP TERUSKAN TRADISI AGIH BUBUR LAMBUK

  ISKANDAR PUTERI — Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) menyediakan 2,000 bungkus bubur lambuk sempena Ramadan kali ini, pada 30 Mac lalu.   Aktiviti memasak bubur lambuk telah dijayakan secara bersama oleh sukarelawan PTP dan LPJ selain masyarakat Mukim Tanjung Kupang dan Persatuan Ibu Tunggal di surau Jabatan Laut Malaysia, […]

JKNJ PERIKSA 3,429 PREMIS BAZAR RAMADAN

  JOHOR BAHRU — Sebanyak 3,429 premis bazar Ramadan di negeri ini, diperiksa Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sehingga semalam (5 April).   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, daripada pemeriksaan dibuat, sebanyak 152 Notis 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan ke […]

KERAJAAN JOHOR PRIHATIN ISU EKSPLOITASI ORANG ASLI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor peka dan prihatin terhadap eksploitasi dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab kepada Orang Asli di Negeri Johor.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri mendapat pelbagai aduan mengenai ekploitasi dibuat terhadap Orang Asli bagi kepentingan peribadi.   “Antaranya adalah penerokaan secara tidak sah tanah-tanah rizab Orang […]

KMJ TERUSKAN SINGGAH SAHUR SEMPENA RAMADAN

  JOHOR BAHRU — Kelab Media Johor (KMJ) meneruskan program Singgah Sahur buat kali kesembilan dengan mengagihkan juadah bersahur kepada petugas keselamatan dan kebersihan sempena bulan Ramadan pada tahun ini.   Majlis pelepasan konvoi Singgah Sahur KMJ 2023 telah disempunakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh.   Turut hadir, Pengerusi […]