Tag Archive for: Sumbangan

KERAJAAN JOHOR SANTUNI, DENGARI SUARA PELAJAR JOHOR DI JORDAN

  #Amman, Jordan – Kerajaan Johor terus memperkukuh komitmen dalam menjaga kebajikan pelajar di luar negara termasuk mendengar setiap luahan suara anak Johor di perantauan menerusi penganjuran Program Ramah Mesra Pelajar Johor di Jordan.   Sebagai manifestasi komitmen tersebut, YAB Menteri Besar Johor telah memperuntukkan sumbangan sebanyak RM104,000 kepada anak Johor yang kini sedang melanjutkan […]

MAINJ, PUJB DAN QSR BRANDS KUKUH KESIAPSIAGAAN JOHOR HADAPI MTL

  #IskandarPuteri — Kesiapsiagaan Johor menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) diperkukuh melalui kerjasama strategik antara Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dan QSR Brands (M) Sdn. Bhd. (QSR Brands) bagi memastikan persediaan bencana berada pada tahap optimum.     MAINJ menyalurkan sebanyak RM200,000 kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi […]

PERTUBUHAN KEBAJIKAN, ANAK YATIM DAN MANGSA BANJIR TERIMA SUMBANGAN YAYASAN JCORP

  JOHOR BAHRU — Pertubuhan kebajikan, anak yatim serta mangsa banjir antara penerima sumbangan Yayasan Johor Corporation pada Majlis Rumah Terbuka Johor Corporation (JCorp) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, semalam.   Sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut dihadiri YB Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. […]

YAYASAN JCORP BERI SINAR SYAWAL BUAT MANGSA BANJIR JOHOR

  BATU PAHAT — Johor Corporation (JCorp) menerusi Yayasan JCorp dengan kerjasama Southern Volunteers (SV) telah menyumbang sebanyak RM106,000 kepada mangsa banjir yang terjejas di Johor baru-baru ini.   Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd Sani, berkata inisiatif kempen Sinar Syawal Mangsa Banjir Johor yang dilancarkan pada penghujung Mac lalu merupakan platform bagi mengumpul dana untuk […]

HOSPITAL PAKAR KPJ WILAYAH SELATAN SUMBANG RM1.035 JUTA

  ISKANDAR PUTERI — KPJ Healthcare Berhad menerusi lima Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan membuat penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2022 berjumlah RM850,000.   Penyerahan dibuat kepada Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Negeri Johor melibatkan Hospital Pakar KPJ Johor sebanyak RM250,000 diikuti Hospital Pakar KPJ Puteri (RM150,000), Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang (RM300,000), Hospital Pakar KPJ […]

YRZSNJ TERIMA 500 SET GAS UNTUK MANGSA BANJIR DAERAH BATU PAHAT

    ISKANDAR PUTERI — Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) menerima sumbangan sejumlah 500 set gas daripada PETRONAS bernilai sebanyak RM79,550.   Kesemua set gas itu disumbangkan bagi membantu mangsa banjir negeri Johor khususnya kepada mereka di Daerah Batu Pahat baru-baru ini.   Sumbangan telah diserahkan oleh Pengurus Wilayah Selatan Petronas Dagangan Berhad, […]

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI SUK JOHOR SARAT PELBAGAI PENGISIAN

  ISKANDAR PUTERI — Program Khidmat Komuniti SUK Johor Bersama YB Setiausaha Kerajaan Johor Ke Daerah Pontian berlangsung meriah sarat dengan pelbagai pengisian, hari ini.   Antara pengisian program yang disertai oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani adalah aktiviti baik pulih rumah, ziarah rumah dan penyampaian bantuan keluarga asnaf.   Kunjungan […]

IIB PRIHATIN NASIB MANGSA BANJIR SEGAMAT, MERSING

  ISKANDAR PUTERI — Iskandar Investment Berhad (IIB) melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyumbang RM20,000 serta menghantar pasukan sukarelawan bagi aktiviti pembersihan pasca banjir.   Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Dato’ Idzham Mohd Hashim berkata, pihaknya melaksanakan dua ‘Usaha Bantuan Banjir IIB’ di Segamat dan Mersing sebagai inisiatif meringankan beban mangsa banjir.   “IIB […]

BANTUAN MANGSA BANJIR PERLU IKUT SALURAN

  ISKANDAR PUTERI — Pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan boleh menghulurkan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir melalui saluran yang disediakan.   Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Dato’ Onn Jabbar berkata, saluran tersebut adalah melalui Southern Volunteers (SV), Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dan Pusat Gerakan Pasca Banjir […]

TERUS BERIKAN SOKONGAN KEPADA PEJUANG KANSER : YKTLJ

  ISKANDAR PUTERI — Sambutan Hari Kanser Sedunia anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), hari ini, berlangsung meriah dengan penyertaan masyarakat termasuklah pejuang kanser.   Pelbagai aktiviti berlangsung antaranya pameran kesihatan, persembahan aerodance, sesi ‘pocket talk’ JKNJ, forum ‘let’s talk about cancer’, sesi ‘walk all over cancer’ […]