BERSAMA JAYAKAN MISI ‘JOHOR SPORT POWERHOUSE’

  Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Atas dasar kebersamaan dalam memajukan industri sukan di Johor, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) buat julung kalinya, menghimpunkan semua persatuan sukan Negeri Johor dalam satu sesi Johor Sports Townhall 2024 yang diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.   Majlis dimulakan dengan ucapan aluan YB Mohd […]

KDN FC BUKAN LAWAN YANG MUDAH

  Permainan yang sangat kompak dan semangat juang yang tinggi ditunjukkan pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) membuktikan mereka bukan satu lawan mudah. Itu pujian yang dilemparkan Pengendali Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio sejurus tamat permainan.   Telahan pengendali berasal dari Argentina ini agak tepat apabila strategi permainan yang ditunjukkan oleh […]

LANGKAH KANAN UNTUK JUARA BERTAHAN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memulakan episod baharu di pentas saingan Piala FA dengan melayan kunjungan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.   Apa yang berbeza untuk Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini, kejohanan Piala FA 2024 edisi ke-34 akan bermula dengan penampilan format baharu berbanding edisi sama, […]

SUKAN BANGSA JOHOR KINI BERMULA

  Jun sememangnya menjadi antara bulan yang amat dinantikan oleh rakyat di negeri ini khususnya peminat sukan apabila Sukan Bangsa Johor 2024 mula membuka tirainya.   Memasuki edisi ketiga penganjurannya, Sukan Bangsa Johor yang dibawakan khas oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) ini turut menerima sambutan hangat masyarakat khususnya golongan muda […]

BERSATU HATI DEMI JOHOR

  Telunjuk lurus, kelingking berkait. Itu sudah menjadi lumrah dunia, apabila kita berada di atas, pasti akan ada ‘tangan-tangan’ mula mengait dan sentiasa ingin menarik semula ke bawah.   Asasnya bermula dari tahun 2013 lagi dan sehingga ke hari ini, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melalui pelbagai pengalaman. Sebuah kelab yang mempunyai misi […]

MENTALITI MENANG JADI RAMUAN KEJAYAAN JDT

  Mentaliti menang… menang… menang. Itulah antara faktor penting yang diterapkan dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), tidak kira sama ada peringkat akar umbi hinggalah tahap pasukan elit.   Justeru, peminat bola sepak di seluruh tanah air tidak perlu berasa hairan sekiranya pasukan JDT meraikan kemenangan penuh bangga sebaik habis sesuatu perlawanan kerana perkara […]

SSI TINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DEMI PENYOKONG

  Keselamatan anda keutamaan kami. Itu ikrar yang dijanjikan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam menjamin tahap keselamatan semua penyokong sama ada ‘die hard fan’ Harimau Selatan mahupun peminat pasukan lawan setiap kali berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI).   Selain keterujaan untuk menikmati ‘perlawanan pertama’ Liga Super bagi musim 2024/2025, penyokong yang […]

NGAUMAN ‘BOS’ GERUNKAN LAWAN

  Setiap kali menjejakkan kaki ke gelanggang keramat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), tidak dapat tidak, mata penyokong yang hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pasti akan melirik kepada kelibat sekumpulan anak muda yang menamakan diri mereka sebagai ‘Boys Of Straits’ atau lebih mesra dengan jolokan BOS.   Menjadikan teres ‘Curva Nord’ SSI sebagai […]

LOKASI SESUAI TMIYC SEGAMAT AKAN DIKENAL PASTI

  Kerajaan Negeri mempunyai perancangan pembinaan Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) untuk daerah Segamat yang sedang giat dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan serba lengkap bagi keperluan masyarakat khususnya belia melakukan aktiviti riadah.   Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri akan meminta pihak Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) mengadakan perbincangan bersama Pejabat Daerah Segamat […]

MAYBANK CYCLING SERIES JOHOR FOKUS SEKTOR SUKAN DAN PELANCONGAN

  Negeri Johor terus menjadi destinasi pilihan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa apabila bakal menjadi tuan rumah kepada Maybank Cycling Series 2024 yang dijangka berlangsung pada September ini.   Ia sekali gus menjadi bukti kepada visi Kerajaan Johor dalam usaha memajukan sukan dan juga penglibatan komuniti secara menyeluruh.   Bagi terus merealisasikan hasrat tersebut, satu Majlis […]