Artikel oleh MDJ

TOURISM JOHOR TERIMA ANUGERAH, PENGIKTIRAFAN TERTINGGI DAN BERPRESTIJ

  ISKANDAR PUTERI — Tourism Johor meraih anugerah dan pengiktirafan membanggakan sempena Majlis Anugerah Malaysia Tourism Council Gold Awards Kali Ke-6 di Kuching, Sarawak, Sabtu lalu. Pada majlis tersebut, Majestic Johor Festival (MJF) diiktiraf sebagai Acara Penganjuran Pelancongan Negeri Terbaik di dalam Malaysia bagi tahun 2022. Selain itu, Tourism Johor juga meraih dua anugerah tertinggi […]

JOM MERIAHKAN FESTIVAL PESONAL YPKDT 25 TAHUN PADA HUJUNG MINGGU INI

  ISKANDAR PUTERI — Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bakal menganjurkan Festival Pesona YPKDT 25 Tahun (FEST 25) di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri, di sini, pada 28 hingga 30 Oktober ini. Pelbagai aktiviti dan acara menarik diadakan antaranya gerai pameran, Malam YPKDT Berselawat, Anugerah Pesona Wanita, dan jangan ketinggalan ke Konsert Pesona YPKDT […]

SEMANGAT BANGSA JOHOR JADI LEGASI TINGGALAN HANIFAH, KASAN DAN WAH SAN

  MUAR — Sekitar pertengahan 1930-an, tiga sahabat karib berlainan bangsa memulakan perniagaan kedai makan di hadapan Panggung Rex di Jalan Meriam, di Bandar Muar di sini. Namun siapa sangka, selepas hampir sembilan dekad berlalu, usaha niaga yang dimulakan oleh Allahyarham Hanifah Yusof, Allahyarham Kasan Surau dan Mendiang Wah San akhirnya menjadi satu legasi dan […]

MENTERI BESAR JOHOR TURUN PADANG LIHAT SENDIRI KERJA PEMBAIKAN JALAN

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini, meninjau kerja-kerja baikpulih jalan raya di kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru dan Kulai. Menurut beliau, lawatan turun padang tersebut dilakukan susulan aduan yang diterima olehnya. “Berdasarkan aduan yang saya terima, petang ini saya turun padang melihat sendiri kerja-kerja pembaikan jalan raya yang […]

LEBIH 1,500 PESERTA SERTAI PINKTOBER RUN JB 2022

  ISKANDAR PUTERI — Lebih 1,500 peserta terlibat dalam Larian Pinktober Run JB 2022 anjuran Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada Johor) sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, semalam. Acara bermula 7.30 pagi itu telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Persada Johor, David Emir Bareng bersama Pengurus Besar Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp), Noor Ruzilawati Ruddin serta […]

KONTINJEN DUN KOTA ISKANDAR UNGGULI SUKAN BANGSA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kontinjen Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar menduduki kedudukan teratas carta keseluruhan pungutan mata Sukan Bangsa Johor 2022. DUN Kota Iskandar berjaya mengutip 20 mata selepas menjadi johan bagi acara sepak takraw dan bola keranjang 3 on 3. Sementara itu, DUN Tanjung Surat menduduki tangga kedua pungutan mata keseluruhan selepas menjadi […]

AH SOON BERBAHASA TAMIL UCAP SELAMAT HARI DEEPAVALI

  ISKANDAR PUTERI — Sempena perayaan Deepavali disambut masyarakat India esok, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon tampil dengan kelainan menerusi satu video dimuatnaik dalam Facebook rasminya. Tian Soon atau lebih mesra disapa Ah Soon telah berpakaian tradisional masyarakat India bagi lelaki iaitu kurta sambil mengucapkan selamat dalam bahasa Tamil dan […]

PERTAMBAHAN PENGEMBARA PUNCA KESESAKAN PADA JUMAAT LALU

  ISKANDAR PUTERI — Kesesakan berlaku di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang tular kelmarin, berlaku disebabkan pertambahan pengembara masuk ke negara dengan menaiki bas. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kesesakan kira-kira 5,000 pengembara di laluan pejalan kaki masuk ke Malaysia di BSI, jam […]

KL CITY TIDAK BERJAYA ULANGI PENCAPAIAN JDT

  ISKANDAR PUTERI — Kuala Lumpur City FC (KL City) tidak berjaya mengulangi pencapaian cemerlang Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang trofi Piala AFC pada tahun 2015. Skuad kendalian Bojan Hodak sekadar muncul naib juara Piala AFC 2022 setelah tewas 3-0 kepada wakil Oman, Al Seeb Club dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED PASTIKAN PEMULIHARAAN SUMBER DAN BIODIVERSITI PERIKANAN DICAPAI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa komited memastikan matlamat untuk melestarikan alam sekitar dan pemuliharaan sumber serta biodiversiti perikanan dapat dicapai. Bagi tujuan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, sebanyak sembilan unit tukun konservasi bernilai RM280,000 dilabuhkan sepanjang tahun ini, di perairan Johor. […]