Artikel oleh MDJ

TMJ BERKENAN MELANCARKAN MEDIA DIGITAL JOHOR

Oleh Mohd Firdaus Yon ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Media Digital Johor (MDJ) di Sunway Big Box, di sini, hari ini. Turut mengiringi Baginda, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam. Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan isteri; Setiausaha Kerajaan Johor, […]

MDJ BERPERANAN SEBAGAI PUSAT HEBAHAN

Oleh Mohd Firdaus Yon ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggariskan peranan Media Digital Johor (MDJ) bagi mencapai matlamat dan hala tuju penubuhannya. Menurut beliau, peranan MDJ adalah sebagai pusat hebahan yang mengurus dan menyelaras perkongsian maklumat berkaitan hebahan dasar, inisiatif serta program rasmi kerajaan negeri termasuk rakyat dan Negeri Johor […]

SONGKOK MASOOD HUSSIN WARISAN MUAR

Oleh Badrul Kamal Zakaria MUAR — Jika anda berkunjung ke daerah ini rasanya kunjungan anda pasti kurang lengkap jika tidak memiliki ‘ole-ole’ songkok istimewa dari Butik Songkok Masood Hussin. Ini kerana, Butik Songkok Masood Hussin dekat deretan kedai di Jalan Majidi di sini, bukan setakat menghasilkan songkok secara buatan tangan, malah pelanggan boleh menempah sendiri […]

MB UMUM BANTUAN TAMBAHAN RM500,000 NAIKTARAF PASAR AWAM DI SIMPANG RENGGAM

  SIMPANG RENGGAM — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan bantuan berjumlah RM500,000 dalam lawatan kerjanya di Simpang Renggam. Menurutnya, bantuan tersebut merupakan peruntukan tambahan bagi kerja menaiktaraf fasa 2, pasar awam dijangka siap pada hujung tahun ini. Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India di Simpang Renggam sempena ketibaan perayaan […]

KESTABILAN POLITIK PENTING TINGKATKAN KEYAKINAN PELABUR

  KLUANG — Kestabilan politik dan keutuhan sistem tadbir urus memainkan peranan penting sebagai indikator utama bagi meningkatkan keyakinan pelabur. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, kedua-dua faktor itu juga dapat memastikan kebolehlaksanaan inisiatif pembangunan yang sudah atau sedang dirancang bagi mencapai status negeri maju. “Dalam tujuh […]

MB BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA KD SULTAN ISMAIL

  PENGERANG — Menteri Besar Johor mengumumkan sumbangan berjumlah RM120,000 ketika lawatannya ke Kem KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih. Menurutnya, sumbangan tersebut diumumkan sebagai tanda penghargaan ke atas jasa pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kem tersebut dalam memastikan keselamatan perairan Johor serta negara. “Saya mengumumkan sumbangan RM50,000 bagi kegunaan Badan Kebajikan […]

KERAJAAN JOHOR ISYTIHAR CUTI PERISTIWA SEMPENA PENCAPAIAN GEMILANG JDT, SUKAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengisytiharkan Ahad, 16 Oktober 2022 sebagai hari cuti khas peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor. Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata, pengisytiharan itu bersempena kejayaan gemilang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super Malaysia kali ke-sembilan berturut-turut dan memenangi 10 piala dalam lain-lain kejuaraan pada tahun […]

KERJA NAIKTARAF JALAN MERSING-KOTA TINGGI GIAT DILAKSANAKAN

  MERSING — Kerja menaiktaraf jalan Mersing ke Kota Tinggi sudah mula dilaksanakan bagi memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya khususnya rakyat Johor. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerja menaiktaraf tersebut telah dilaksanakan sejak bulan September lalu, dan enam lokasi sudah diperbaiki setakat ini. “Ramai yang mengadu tentang isu jalan […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED JAYAKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

  MERSING — Kerajaan Johor melaungkan komitmen untuk terus membangunkan modal insan di negeri ini, bagi melahirkan lebih ramai pekerja mahir dan pakar bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembangunan modal insan merupakan salah satu aspek yang amat penting bagi memajukan negara dan Negeri Johor. Justeru, beliau memberitahu […]