Artikel oleh MDJ

KERAJAAN JOHOR PUJI GERAK KERJA PANTAS SUKARELAWAN SOUTHERN VOLUNTEERS

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor memuji tindakan pantas gerak kerja Southern Volunteers (SV) dalam menghulurkan bantuan kesukarelawanan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan SV yang peka dengan perkembangan berlaku di daerah masing-masing. “Selaku EXCO […]

MUSIM TENGKUJUH BERMULA LEBIH AWAL

  ISKANDAR PUTERI – Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh akan melanda rantau negara ini lebih awal daripada jangkaan iaitu pada 7 November ini dan dijangka berterusan sehingga Mac tahun hadapan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya hari ini berkata, empat hingga enam luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan dijangka berlaku dalam tempoh […]

SASAR 50 USAHAWAN IAT BERJAYA TINGKAT NILAI JUALAN SETIAP TAHUN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mensasarkan sekurang-kuranya 50 usahawan Industri Asas Tani (IAT) di negeri ini akan meningkatkan tahap nilai jualan masing-masing setiap tahun. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, Johor mempunyai lebih 2,000 usahawan IAT pelbagai tahap yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian […]

MENTERI BESAR JOHOR TINJAU PEMBANGUNAN PARLIMEN JOHOR BAHRU

  ISKANDAR PUTERI — Lawatan kerja ke Parlimen Johor Bahru, Ahad lalu, menjadi platform kepimpinan kerajaan negeri bersama agensi dan jabatan kerajaan meninjau pembangunan yang berlaku serta mendapatkan maklumat secara langsung kemajuan dan perancangan di parlimen tersebut. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau berpeluang beramah mesra dan menyantuni masyarakat di Parlimen Johor […]

PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA DI KOTA TINGGI DITUTUP

  ISKANDAR PUTERI — Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi menempatkan 18 keluarga terdiri 72 mangsa banjir kilat, dilaporkan telah ditutup jam 10 pagi tadi. Terdahulu, PPS Dewan Al-Barakah di Kota Tinggi dibuka pada jam 10 malam semalam, untuk menempatkan mangsa banjir kilat dari Kampung Sri Jaya dan Kampung Sri Delima. Sementara itu, PPS […]

KOTA TINGGI DAERAH KEDUA DILANDA BANJIR KILAT SELEPAS SEGAMAT

  ISKANDAR PUTERI — Kota Tinggi menjadi daerah kedua di negeri ini, dilanda banjir kilat dengan satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka pada 10 malam semalam. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu laporan memaklumkan sebanyak 18 keluarga melibatkan 72 mangsa terjejas di Kota Tinggi dari Kampung Sri Jaya dan Kampung Sri Delima ditempatkan di PPS […]

UNESCO JEMPUT PAKAR TVET UTHM KONGSI IDEA

  BATU PAHAT — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus mengorak langkah ke persada antarabangsa apabila kepakarannya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) mendapat perhatian dunia. Ia terbukti apabila Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menjemput pakar TVET UTHM, Prof Madya Ts Dr Affero Ismail sebagai panel dalam persidangan TVET […]

KKPS MAMPU SEDIAKAN PROSES PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

  BATU PAHAT — Warga daerah ini khususnya penduduk di Parit Sulong berpeluang menikmati proses pembelajaran sepanjang hayat (PSH) dengan lebih selesa apabila Kolej Komuniti Parit Sulong (KKPS) akan mempunyai bangunan kampusnya tetapnya sendiri. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata menyedari pendidikan adalah satu pelaburan terbaik bagi membina negara bangsa, kerajaan sentiasa […]

KERAJAAN NEGERI PANTAU PERKEMBANGAN BANJIR DI SEGAMAT

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor akan memantau secara dekat perkembangan banjir di Segamat, yang menyaksikan dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, beliau juga akan memastikan sukarelawan dan Skuad Tindak Cepat SV dalam keadaan […]