PROSES PEMINDAHAN BAKI RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM SELESAI

  Baki tiga Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) terletak di jajaran projek landasan berkembar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sekitar Johor Bahru bakal dipindahkan dari tapak asal ke kawasan baharu terletak di Taman Ekoflora.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Mohammad Fazli Salleh memaklumkan tiga kuil tersebut berada di ‘Right of […]

IIB LANCAR INISIATIF NET ZERO CARBON CBD

  Iskandar Investment Berhad (IIB) melancarkan inisiatif ‘Net-Zero Carbon Central Business District (CBD)’ sempena Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) sekali gus membuktikan komitmen mereka mengukuhkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).   Pelancaran inisiatif tersebut juga mengekalkan kedudukan IIB sebagai peneraju bagi penubuhan pusat bandar Sifar Karbon Bersih pertama di […]

190 POKOK DITANAM DELEGASI SEMPENA APCW 2023

  Sebanyak 190 pokok terdiri pelbagai jenis ditanam di Sireh Park, Iskandar Puteri, simbolik kepada penganjuran Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023).   Kesemua pokok yang ditanam oleh delegasi APCW 2023 dari pelbagai negara itu sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.   Program Penanaman Pokok yang dianjurkan Majlis Bandaraya […]

14 MOU BERNILAI RM180 JUTA DIMETERAI

  Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) melakar sejarah tersendiri terhadap komitmen tuan rumah, Negeri Johor dalam memperkasa pembangunan kelestarian secara menyeluruh.   Bagi tujuan tersebut, sebanyak 14 memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM180 juta dimeterai yang menjadi cerminan kesungguhan antara agensi Kerajaan Negeri bersama pihak swasta.   Kesemua MoU yang ditandangani dan dimeterai […]

PERUBAHAN IKLIM, PENCEMARAN ALAM SEKITAR CABARAN UTAMA KEHIDUPAN : DYMM PERMAISURI JOHOR

  DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar merupakan cabaran utama dalam kehidupan yang memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat. Justeru, Baginda Tuanku menyeru agar tindakan segera dan bersepadu dapat diambil bagi menangani cabaran berkenaan dalam titahnya ketika berkenan berangkat ke Persidangan Minggu Iklim […]

JOHOR SUDAH BERSEDIA : MENTERI BESAR

  Bencana banjir melanda Negeri Johor pada bulan Mac lalu, menguatkan iltizam Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan dalam menangani dan mengurangkan kesan perubahan iklim.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan keberadaannya dalam Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) adalah untuk mengenal pasti bentuk tindakan lain yang boleh dilakukan bagi memastikan kejadian sebelum […]

CABARAN PERUBAHAN IKLIM PERLU TINDAKAN KOLEKTIF BERSEPADU

  Perubahan iklim sebagai masalah global memerlukan tindakan kolektif daripada semua pihak. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu semua pihak mesti memainkan peranan dalam menangani fenomena global ini.   Malaysia komited untuk mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) sebanyak 45 peratus pada tahun 2030. Malah negara menetapkan […]

USAHA BERTERUSAN PULIHARA SUMBER, BIODIVERSITI PERIKANAN

  Pejabat Perikanan Negeri Johor melabuhkan 12 unit tukun konservasi bernilai RM355,000 di perairan Pulau Mertang dan Pulau Lima dekat Mersing.   Angka tersebut menjadikan sebanyak 130 unit tukun dengan nilai RM5.5 juta telah dilabuhkan di perairan Johor, sejak tahun 2007.   Selain itu, sebanyak 140 unit unjam juga dilabuhkan di perairan Pontian dan Batu […]

INTERVENSI KERAJAAN JOHOR TERHADAP CIQ BSI & KSAB PENTING DEMI IMEJ NEGARA

  Peruntukan melibatkan pengoperasian pintu sempadan paling sibuk di dunia iaitu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri antara perkara perlu diberi tumpuan Kerajaan Negeri menjelang Belanjawan Johor 2024 akan datang.   Timbalan Dekan (Kajian, Pembangunan dan Inovasi), Universiti Teknologi […]

HIAS KERETA DEMI JDT

  Oleh Farhanah Haziqah Noh   Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Itulah yang dapat disimpulkan bagi seorang peminat tegar pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang sanggup menghabiskan wang ringgit demi pasukan kesayangannya.   Itulah yang dilakukan oleh T.S Kalaichevan, 46, yang sanggup mendekorasikan kereta peribadi miliknya dengan pelbagai hiasan bermotifkan JDT […]