Entries by Mohd Firdaus Yon

FARKHAN ‘THE SOUTHERN TIGER’ JUARA BRIDGERWEIGHT WBC ASIA

  ISKANDAR PUTERI — Petinju dari Johor, Farkhan Haron muncul juara baharu kelas Bridgerweight WBC Asia selepas menewaskan Yousof Manvandi dari Turkiye, semalam.   Petinju negara dengan gelaran ‘The Southern Tiger’ mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam pertarungan utama Johor International Boxing Championship di Arena Larkin, semalam.   Kejayaan menewaskan Yousof ‘Darius The Great’ itu […]

BANTU TINGKAT PERKHIDMATAN KESIHATAN DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kesihatan Johor, Ling Tian Soon berharap Menteri Kesihatan yang baharu, Dr. Zaliha Mustafa dapat membantu menyelesaikan masalah dan meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan serta perubatan di negeri ini.   Dalam pertemuan bersama Menteri, Tian Soon memaklumkan mengenai Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) mempunyai peratusan penggunaan katil amat […]

KERAJAAN JOHOR KONGSI ASPIRASI PEMBANGUNAN KLUANG

  ISKANDAR PUTERI — Penganjuran Karnival Maju Johor Daerah Kluang menjadi platform kerajaan negeri menyampaikan maklumat mengenai hala tuju pembangunan di Negeri Johor khususnya daerah tersebut.   Hadir menyempurnakan perasmian karnival itu adalah EXCO Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz […]

SIMULASI KECEMASAN WUJUD PERSEFAHAMAN, UKUR RESPONSE TIME

  ISKANDAR PUTERI — Kontena berisi 40 silinder mengandungi gas klorin seberat empat tan ‘terjatuh’ ketika proses memuatkan kontena ke penggerak utama dalam kejadian di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), semalam. Kejadian tersebut menyebabkan berlakunya ‘kebocoran’ gas klorin sekali gus merekodkan 18 mangsa ambulatori dan bukan ambulatori, serta pengungsian bangunan melibatkan 68 mangsa. Bagaimanapun, senario cemas […]

PDT TEROKAI TEKNOLOGI ‘TUAS DESALINATION PLANT’

  ISKANDAR PUTERI — Permodalan Darul Ta’zim (PDT) mengadakan lawatan ke ‘Tuas Desalination Plant’ atau Loji Penyahgaraman Tuas di Singapura pada 14 Disember lalu. Delegasi PDT diketuai oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, Dato’ Ramlee A. Rahman. Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Economic, Tourism & Cultural Office Singapore (JETCO), Saifuddin Abdul Rahim. Hadir sama, Timbalan […]

PENDAKI DILAPORKAN HILANG DITEMUI SELAMAT

  ISKANDAR PUTERI — Pendaki dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Pulai secara bersendirian telah dijumpai dengan selamat, awal pagi ini Pendaki tersebut ditemui kira-kira 12.40 pagi oleh pasukan Malim Gunung Perhutanan (MGP) Johor yang turut serta dalam aktiviti mencari dan menyelamat diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Dato’ Salim Aman berkata, pihak […]

SWM KASIH SANTUNI 50 KANAK-KANAK SEMPENA KRISMAS

  ISKANDAR PUTERI — SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah entiti SWM Kasih dengan menyantuni 50 kanak-kanak dari Pusat Kebajikan Kalvari Johor Bahru. Kesemua kanak-kanak itu disantuni menerusi program SWM Kasih Christmas Celebration bertemakan kesihatan dan kelestarian alam sekitar. Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd […]

EXCO ALAM SEKITAR TINJAU TAPAK PROJEK PUNCA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar melakukan tinjauan Ops Lumpur, semalam. Tinjauan tersebut dilakukan terhadap tapak projek dipercayai menjadi punca berlakunya banjir di Johor Bahru dan Pasir Gudang, semalam. Menurut beliau, turut dilaksanakan pemantauan terhadap pematuhan Pelan Kerja Tanah serta Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak […]

EXCO KERAJAAN JOHOR BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MENTERI

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Ling Tian Soon mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Kunjungan tersebut membuka ruang serta peluang kepada Tian Soon dan Aaron untuk saling berkongsi dan berbincang mengenai isu perpaduan di negara ini. Di samping itu, Tian Soon turut berkongsikan usaha Kerajaan Johor dalam […]

KEDAI MAKAN KOTOR DIKOMPAUN, DIARAHKAN TUTUP

  ISKANDAR PUTERI — Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi menjalankan siasatan dan pemeriksaan terhadap sebuah premis yang tular di media sosial kerana menyediakan makanan secara tidak bersih, kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, susulan daripada siasatan dan pemeriksaan dilakukan, pelbagai kesalahan didapati dilakukan oleh premis yang kemudiannya telah diambil […]