TUGAS KETUA KAMPUNG BUKAN HANYA SEKADAR ‘TUKANG COP’

  Oleh Farhanah Haziqah Noh   Inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasakan institusi ketua kampung di negeri ini menerusi peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kursus jangka pendek dan insentif bagi mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Eksekutif pada Belanjawan 2023 berjaya melahirkan ketua masyarakat berkenaan yang lebih terampil dan profesional.   Ketua Kampung Felda […]

KERAJAAN JOHOR SEDIA KELUARGA ASNAF KEDIAMAN LEBIH SELESA

  Lima beranak yang tinggal di sebuah pondok di Kampung Baru Sungai Johor, dekat Ulu Tiram, mendapat pembelaan daripada Kerajaan Johor bersama pelbagai pihak berkaitan.   Pasangan Mohd Farid Md Yusof dan Noorazlina Abdullah bersama tiga cahaya mereka berusia lapan bulan hingga tiga tahun dipindahkan ke kediaman yang lebih selesa disediakan oleh Pejabat Daerah Kota […]

APCW 2023 LABUH TIRAI, CAPAI MATLAMAT KUKUH KERJASAMA TANGANI PERUBAHAN IKLIM

  Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor yang melabuhkan tirainya hari ini, mencapai matlamat untuk mengukuhkan usaha secara bersama dalam menangani perubahan iklim.   Dengan penyertaan 3,643 delegasi dari 108 negara yang berdaftar, persidangan ini berjaya menghimpunkan pemimpin, pakar dan pembuat dasar yang menyumbang idea, pandangan dan […]

NI HSIN METERAI PERJANJIAN BERSAMA PDT PROMOSI MOTOSIKAL ELEKTRIK

  Ni Hsin Group Berhad menerusi Ni Hsin EV Tech Sdn. Bhd. menandatangani Perjanjian Kolaborasi (CA) dengan Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd. (PDT) bagi mempromosi penggunaan dan pemasaran kenderaan elektrik (EV) mesra alam dua roda di negeri ini.   Pertukaran dokumen perjanjian tersebut disempurnakan pada persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) di Pusat […]

JELAJAH BELIA JOHOR @ PONTIAN MERIAH

  Pontian menjadi daerah pertama penganjuran Program Jelajah Belia Johor yang julung kali diadakan sebagai platform Kerajaan Negeri terus mengangkat suara dan mengiktiraf peranan signifikan Orang Muda Johor.   Malah program itu menjadi landasan kepada usaha pembentukan dan pengukuhan jati diri golongan berkenaan menerusi pameran Identiti Bangsa Johor yang memberi pendedahan sejarah kesultanan dan kedaulatan […]

KERAJAAN NEGERI KATALIS MASA HADAPAN RENDAH KARBON

  Peranan Kerajaan Johor dalam menjayakan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) menjadi topik perbincangan sempena Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) kelmarin.   Sesi perbincangan bertajuk ‘Bagaimana Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Boleh Menjadi Pemangkin Memacu Ke Arah Peralihan Tenaga’ itu melibatkan Pengerusi Pusat Kelestarian Johor (JSC), Dato’ Ir. […]

JLG, CENERGI JALIN USAHASAMA LIBATKAN PELABURAN RM140 JUTA

  JLand Group (JLG) menjalin usahasama strategik dengan Cenergi SEA Berhad (Cenergi) melibatkan pelaburan RM140 juta bagi pemasangan sistem solar atas bumbung dan penyelesaian kecekapan tenaga untuk pengguna komersial dan industri di semua taman perindustrian JLG.   Kedua-dua pihak akan melabur, memasang, mengendali operasi dan menyelenggara solar atas bumbung dan melaksanakan penyelesaian kecekapan tenaga dengan […]

PEMBERIAN GERAN TANAH LEGAKAN PENEROKA FELDA

  Oleh Suhana Mohd Ariffin “Saya sebagai salah seorang penduduk di tanah rancangan Felda sememangnya amat bersyukur dengan inisiatif kerajaan dalam pemberian geran tanah kepada peneroka di kawasan ini,” kata Abdul Jalil Sahlan.   Beliau yang juga Ketua Kampung Felda Ulu Tebrau memberitahu, ia secara tidak langsung memberikan kelegaan, keselesaan dan juga kegembiraan kepadanya sekeluarga […]

PDT KOLABORASI BERSAMA WORLD BANK GROUP, PEMAIN INDUSTRI

  Kerajaan Johor menerusi Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd. (PDT) memeterai kerjasama bersama World Bank Group dan pemain industri pada Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023).   Kerjasama dalam usaha menggerakkan pembangunan hijau yang mampan di negeri ini, secara holistik itu terjalin sekali gus menunjukkan kesungguhan dan iltizam Kerajaan Negeri menyumbang kepada usaha […]

MANFAAT SALURAN DISEDIAKAN, JADI PENGGUNA YANG BIJAK

Pengguna disaran memanfaatkan saluran disediakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menyalurkan aduan sekiranya mendapati harga makanan dijual adalah ‘luar biasa’ dengan drastik. Saranan itu dibuat Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Johor, Noorman Kamsani yang mengakui turut menerima aduan awam mengenai kenaikan harga makanan terutama sekitar bandar raya […]